Sunday, 10 May 2015

Online Game vs Outdoor Game

Assalamualaikum

Bilamana kita bercakap tentang online game pasti counter strike antara online game yang terlintas di minda kita. Saya yakin pembaca di sini pernah melibatkan diri dalam dunia perang online game tersebut. Tetapi di sini bukanlah saya nak perihalkan tentang cara-cara bermain online games tersebut akan tetapi saya nak hasilkan apa yang terlintas di minda saya ketika ini online game vs outdoor game.

Online game ataupun permainan video merupakan permainan carian sumber daripada internet di mana tiada kekangan ataupun limitasi masa ataupun tempat untuk bermain permainan video tersebut. (Game Mile, 2006).

Kecanggihan teknologi sekarang menjadikan jaringan permainan video ini lebih menarik dan kreatif. Sebagai contoh remaja sekarang lebih berminat untuk bermain permainan video yang boleh dimuat turun melalui aplikasi telefon bimbit. Jadi melalui telefon bimbit sahaja sesiapa mampu untuk bermain permainan video ini. Bahkan juga, sesetengah permainan video menubuhkan satu kelab untuk permaina itu sahaja.  Walaubagaimanapun, impak permainan video ini lebih ke arah keburukan. Hal ini kerana, permainan video ini tidak mercerna tenaga dari segi fizikal. Ini menjadikan masyarakat terutama belia menjadi malas dan ketagih untuk bermain permainan video.
Berbeza pula dengan permainan aktiviti luar yang lebih bersifat lincah dan aktif. Sebagai contoh bermain bola sepak ataupun permainan tradisional seperti tengteng yang mengeluarkan peluh. Aktiviti sebegini lebih banyak pergerakan berbanding permainan video. (Lona Glen, Maria Castle).

Secara rambang kita boleh lihat bahawa kecanggihan teknologi ini mencerminkan bagaimana kebangkitan permainan video serta sudah tentu sikap yang bermaian permainan video itu mempengaruhi kehidupan mereka. Kekreatifan permainan video ini tidak dinafikan menenggelamkan permainan tradisional bahkan juga sudah wujudnya permainan tradsional melalui aplikasi yang boleh dimuat turunkan.



Oleh Khairul Wafaa Bt Mahfodz
36494

Rujukan

Game Mile. (2006, October 13). Retrieved May 10, 2015, from Dictionary content: gamemile.com

Lona Glen, Maria Castle. (n.d.). Scholar Advisor. Retrieved May 10, 2015, from Outdoor Activities vs Online Games: www.scholaradvisor.com



Impak Online Games Terhadap Remaja

peace be upon you


Online gaming adalah permainan komputer yang menggunakan rangkaian internet untuk bermain. Kelebihan permainan kompter online ini berbanding permainan komputer yang lain adalah, ianya mampu melibatkan pemain permainan komputer online dari kawasan lain untuk bermain dalam satu masa yang sama. Kita mampu bermain dengan pemain dari luar negara seperti dari England. Terdapat banyak permainan komputer online yang ada seperti Fifa, Clash of Clan dan lain-lain lagi.

Namun, permainan komputer online ini sudah menjadi seperti candu kepada pengguna yang bermain permainan komputer online ini. Mereka seakan-akan sudah melekat di depan komputer dan tumpuan mereka hanyalah tertumpu pada skrin komputer sahaja. Ada di kalangan pemain tegar permainan komputer online ini mampu tidak makan seharian hanya kerana bermain permainan komputer ini. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jonathan Scott dan Alison P. Porter Armstrong, remaja dari lingkungan 13-17 tahun berisiko menghadapi kemurungan sekiranya mereka bermain permainan komputer online pada jam 10 malam hingga ke tengah malam (Scott & Armstrong, 2013). Apabila remaja di dalam lingkungan 13-17 lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding bermain di luar rumah bersama rakan, ini akan menjadikan mereka tidak aktif dan mereka akan kurang berkomunikasi dengan masyarakat luar.

Selain itu, kebanyakkan permainan komputer online tidak bercirikan pendidikan. Maka dengan itu, remaja yang menghabiskan masa dengan bermain permainan komputer akan lalai dan akan memandang pelajaran sesuatu yang membosankan. Oleh kerana mereka sudah seronok bermain, mereka tidak tahu bila untuk berhenti dan mereka akan terus bermain sehingga mengabaikan pelajaran (Wakita, 2008).


Kesan yang diberikan permainan komputer online terhadap remaja bukan calang-calang. Jika remaja itu tidak dapat mengawal diri daripada terus leka, maka tidak mustahil akan memberikan kesan negatif terhadap remaja itu sendiri.




Works Cited

Scott, J., & Armstrong, A. P. (2013). Impact of Multiplayer Online Role-Playing Games upon the Psychosocial Well-Being of Adolescents and Young Adults: Reviewing the Evidence. Psychiatry Journal , 4-5.

Wakita, Y. (2008). How Online Gaming Can Affect Social Skills Of Teenagers. Arts, Entertainment and Leisure , 1-4.



---------------------------------------------------------------------------------------------------

  
Oleh: Muhammad Alif Asyraf bin Ahmad Affandi (37252)

 
Ini adalah pendapat peribadi penulis.

Monday, 4 May 2015

Tu dia anwad hadi!!

Sekadar pemerhatian kasar




sumber: http://www.bloggerwanita.com/5-sebab-i-like-jejaka-lawak-ini-siapa/

http://www.anwarhadi.blogspot.com/

Blog Ini Anwar Hadi merupakan blog pertama yang penulis telah ikut ketika zaman-zaman baru menikuti blog iaitu sekitar selepas stpm selepas melihat vlog yang dihasilkan oleh beliau. Pada penulis, beliau mempunyai karismanya tersendiri dalam melontarkan buah fikiran dengan gaya yang bersahaja tapi senang difahami. Blog yang berkisar kehidupan sendiri atau orang lain (kurang pasti) tidaklah sepopular blogger lain. Kehebatan beliau terserlah apabila melakukan vlog (pandangan penulis). adakah ia berbentuk seperti kewartawanan?

 Penulis hanya tertarik dengan kisah hidup beliau. Walaupun jarang mengikuti blognya dan masih belum membeli buku yang dihasilkan oleh beliau, encik Anwar Hadi masih menjadi kegemaran penulis selepas Matlutfi90.

Menurut Chin dan Judy (2008), blogger memandang blog sebagai diari alam maya atau jurnal dengan berkongsi pandangan, minat dan  kehidupan harian yang menghasilkan reputasi alam maya. Bermula daripada tahun 2008, beliau telah mula menulis menerusi blog tentang dirinya meskipun tiada siapa memberi komen beliau tetap akan menulis. Pada pandangan penulis, reputasi beliau terhasil  apabila beliau menghasilkan vlog (sekadar pandangan) oleh itu beliau kurang dikenali sebagai blogger. Hanya yang mengenali beliau dan minat akan mengetahui tentangnya (berdasarkan blog). 

Pandangan penulis yang dangkal ini sekadar ingin menyatakan perihal kewujudan blog Anwar Hadi dan minat beliau yang suka menulis walaupun tiada komen. Ia sesuatu yang membuatkan penulis tertanya-tanya. Manakala sense of belonging ialah antara sebab berlakunya penglibatan dalam blog kata Chin dan Judy (2008). Menulis tanpa mengharapkan komen mahupun reputasi serta dikenali boleh dilihat dan dikaji oleh mana-mana ahli akademik untuk mengetahui sebab disebalik ia berlaku. Tidak ramai yang menulis blog tanpa mengharapkan sebarang balasan. 

Oleh itu, minat dan sense of belonging merupakan perkara utama pada penulis sebab blogger di luar sana menulis (selain bisnes). Ingin menjadi sebahagian yang penting dalam sesuatu yang penting, ingin melakukan sesuatu yang penting dalam menjadi sesuatu yang penting memerlukan pemikiran yang kritis, berani, jujur dan benar dalam mencapai status di hati blogger di luar sana. Di mata saya itulah peranan blogger dalam menyampaikan mesej dan buah fikiran.

* Entri ini masih lagi mempunyai kekurangan dan hanya berlandaskan pemikiran yang cetek

Tulisan insan bernama Nor Khaironisa binti Sarnin 37672

Rujukan

Chin, L, H., Judy, C-C, L. (2008). Acceptance of blog usage: The roles of technology acceptance,
social influence and knowledge sharing motivation. Information & Management. 45, 65–74.











Sunday, 3 May 2015

Terjah Video "BLUE"

http://newbudakhot88.blogspot.com/?zx=d44b16947c7462a9
NewBudakHot88 merupakan antara blog yang mempamerkan video-video tentang aksi seksual lelaki songsang atau dikenali sebagai GAY.

Blog ini yang dikendalikan sendiri oleh  individu yang dikenali sebagai BUDAK. Blog ini lebih tertupu kepada video seksual dari seluruh negara. Blog ini lebih memfokuskan perkongsian video lucah lelaki.

Walau bagaimanapun blog ini tidak menentukan fokus terhadap pembaca kerana hanya mengunakan penulisan yang berunsur ghairah dan yang ringkas mengenai video yang dikongsi kepada golongan mereka sahaja serta dikongsikan kepada orang ramai untuk turut meminati blog tersebut. 
Menurut The Star pernah melaporkan bahawa 4.04 juta carian telah dibuat oleh orang Malaysia dari Ogos 2012 hingga ke Januari 2013 sahaja. Jika kita ambil semua rakyat Malaysia tidak kira umur, 4.04 juta bermakna 13.7% rakyat Malaysia melakukan carian mengenai bahan lucah dan data ini datang dari satu laman web untuk tempoh 6 bulan.
Menurut Heider & Harp, (2000) kuasa Internet dalam menyalurkan informasi dan menghubun gkan dunia, merentasi benua tanpa mengira batas sempadan negara telah mengubah lanskap budaya serta mempercepatkan lagi penerimaan masyarakat dunia terhadap nilai-nilai sejagat . 
Pada pendapat saya, keberanian individu tertertu menkongsikan video lucah begini punca kegiatan songsang ini berleluasa. Hal ini kerana pengalaman yang dikongsi menyebabkan m mereka diterima oleh semua dan mewujudkan keberanian di antara mereka untuk menyebarkan video tersebut. Ini bermaksud, walaupun isu ini ditentang, golongan ini tidak takut akan hukum serta kesalahan kerana merasakan sokongan dari golongan mereka sendiri. Sebagai contoh mereka tidak merasakan bersendirian melakukan sesuatu yang salah.

Rujukan 
Heider, D & Harp D (2002). New hope or old power: Democracy, pornography and the Internet, The Howard Journal of Communications, 13: 285-299. 

Di conteng oleh: Nur Zatul Iftitah Zolkana [38069]
 

Sunday, 26 April 2015

MUTED GROUP VS SOCIETY


Website Tilted World.org merupakan antara website komuniti di Malaysia yang mewakili golongan-golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dalam memperjuangkan hak-hak, isu yang berkaitan dan meluahkan ekspresi mereka.  Website yang dikendalikan sendiri oleh beberapa individu yang membentuk komuniti kecil daripada golongan ini meletakkan matlamat untuk memeperjuangkan nasib mereka yang seringkali mendapat pandangan serong dari masyarakat.

Walaupun begitu, TiltedWorld.org tidak hanya menspesifikasikan penglibatan didalam website kepada golongan mereka sahaja, malah ia juga dibuka kepada orang ramai untuk turut sama memberikan pendapat dan membincangkan perihal-perihal yang berkaitan dengan isu LGBT. Mungkin di Malaysia, isu ini terlalu sensitif untuk dibincangkan dikhalayak umum, disebabkan itu penglibatan daripada masyarakat umum dilihat agak kurang berbanding golongan mereka sahaja. 
  
Wujudnya laman web komuniti untuk golongan LGBT ini mugkin sedkit sebanyak memberi peluang untuk mereka meluahkan apa yang terbuku didalam hati mereka sepanjang terjebak dengan aktiviti ini. Mereka mungkin merasakan masih ada lagi yang mempunyai perasaan untuk tidak berfikiran prejudis terhadap golongan mereka. Mungkin disini mereka boleh mencari ‘ketenangan’ apabila mampu berkongsi rasa dengan ahli yang bernasib yang sama.


Pada pendapat peribadi saya mengenai kewujudan laman web golongan ini, ia sedikit sebanyak telah meneyebabkan golongan ini bergiat dengan lebih aktif dan seolah-olah telah membuka satu komuniti baru dalam masyarakat Malaysia dan dilihat masih dalam kategori normal. Sungguh ia sememangnya bertentangan dengan ajaran islam, namun hal-hal seperti ini boleh dilihat dari perspektif yang berbeza seperti keinginan dan kehendak seksual terhadap jantina yang sama dan juga hak kesamarataan sebagai seorang individu.

Rujukan
Tilted World. (2008, June 22). Retrieved April 26, 2015, from TiltedWorld.org: http://tiltedworld.org

Ini adalah pendapat peribadi penulis berdasarkan tugasan:
1. choose any examples of blogs /sites that relates to women's group / movement, gay / lesbian group, religious group, ethnicity.
2. analyze the blog / sites by looking at, who these site primarily address, who is allowed to participate, how these sites deal with dissent and disagreement.

By: Faatimatuz-Zahra' Bt. Ishak (35993)

Thursday, 16 April 2015

Kemajuan teknologi : Kelebihan dan ancaman

  Kemajuan teknologi. Satu frasa yang membuatkan sesetengah orang tertunggu-tunggu bilakah masanya akan tiba. Bilakah teknologi yang bagi mereka, ianya satu perkara yang dinantikan tercipta. Untuk sesetengah orang lain, tidak merasakan atau tidak terkesan dengan kemajuan teknologi. Baginya tiada apa yang patut dinantikan kerana tidak dapat tidak pasti ianya akan tiba. Hanya masa menentukan.

  Bagi pengguna tegar teknologi seperti komputer atau telefon bimbit, kemajuan teknologi adalah amat ditunggu untuk memudahkan kerja seharian mereka. Seperti memudahkan mereka membuat kerja yang sepatutnya dilakukan di pejabat, tetapi mereka melakukannya di rumah. Ianya satu perkara yang bermanfaat kepada golongan pekerja. Lahirnya teknologi perisian Skype, siapa-siapa boleh berhubung secara bersekemuka melalui dunia siber. Jika dahulu seorang pengurus perlu pergi ke luar negara untuk berhubung mengenai syarikat, sekarang hanya duduk di pejabat, buka skype, dan membuat mesyuarat dengan ahli-ahli lain yang berada nun jauh disana.

  Bagi pengguna telefon pintar, saban waktu, setiap 6 bulan atau kurang, pasti akan ada perubahan didalam teknologi telefon pintar. Hal ini demikian kerana tingginya permintaan pelanggan untuk meminta agar permintaan mereka ditunaikan yakni mereka menginginkan satu telefon pintar, yang mampu untuk membantu mereka membuat kerja dari A hingga Z. Para pengeluar teknologi bertungkus lumus untuk memenuhi kehendak pelanggan agar menjadi syarikat wahid yang menjadi pilihan orang ramai.

  Semakin maju teknologi, semakin majulah juga para penyangak siber yang saban hari berusaha untuk menggodam maklumat kita. Sedar atau tidak sedar, maklumat kita semuanya ada didalam talian. Hanya tahap keselamatan yang menentukan maklumat peribadi kita selamat ataupun tidak. Penyangak alam siber atau dikenali sebagai ‘cyberpunk’ ini menggunakan internet sebagai wadah mereka mendapatkan dan menyalurkan maklumat sesama sendiri. Golongan yang majoriti melibatkan golongan belia ini mempunyai pemikiran parolialisme yang mana mereka membuat semua ini kerana inginkan keseronokan. Akibatnya, kelak mangsa yang akan merana seperti penyebaran gambar peribadi mangsa dilaman sesawang. Mereka menganggap ianya satu ekstasi yang memenuhi nafsu keseronokkan. Golongan ini sentiasa wujud dan terus berkembang selagi mana teknologi juga berkembang.

  Walhasil, para pengguna teknologi seharusnya tidak memandang enteng dengan perkara seperti ini agar kelak kita tidak menjadi salah satu mangsa pengodam data peribadi. Semakin maju teknologi yang digunakan kita, perlu selari dengan majunya daya fikiran kita berfikir apakah kesan yang akan diperoleh sekiranya menggunakan teknologi dengan sewenang-wenangnya. Buktinya banyak di dada-dada akhbar yang melibatkan kes-kes penipuan dan penyebaran gambar peribadi. Kita tidak boleh menyalahkan pihak kerajaan kerana tidak memantau perkara ini, tetapi diri sendirilah yang harus dipersalahkan kerana tidak mempunyai maklumat yang cukup untuk hal ini.



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Posting ini merupakan idea penulis sendiri. Tidak mewakili mana-mana individu mahupun organisasi.

Muhamad Sulaiman bin Misri (37229)
Kajian Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rujukan :
Abbott, C. (2007). Keperluan Pendidikan Khas dan Internet. Kuala Lumpur: Routledge Falmer.
Everard, J. (2000). Virtual states. New York: Routledge.
Negroponte. (1995). Being Digital. London: Coronet.