peace be upon you
Sedar atau tidak, cara berkomunikasi pada era millenium ini semakin berkembang dan
tidak hanya tertumpu pada face to face
mahupun melalui panggilan telefon sahaja. Dengan ledakan teknologi maklumat dan
internet, manusia mampu berkomunikasi dengan sesiapa sahaja walaupun mereka
tidak mempunyai nombor telefon masing-masing dan tidak pernah kenal antara satu
sama lain.
Seperti yang kita sedia maklum, dengan adanya jaringan
internet tanpa sempadan, kita mampu meluahkan pendapat kita disetiap laman
sesawang yang ada pada masa ini dan dibaca oleh hampir seluruh penduduk di
dalam dunia ini. Kemudian, pengguna internet atau juga dikenali sebagai netizen, akan melakukan komen balas
terhadap komen yang kita lakukan sebelum ini. Ini merupakan komunikasi yang
berlaku di dalam media baru.
Internet memberi satu nafas baru dalam cara manusia
berkomunikasi antara satu sama lain. Dengan adanya internet, kita mampu
mengetahui setiap apa yang berlaku dengan hanya sentuhan di hujung jari sahaja.
Semuanya sudah berada di dalam internet. Kewujudan online news portal adalah disebabkan internet dan mereka juga tidak
ketinggalan mengambil kesempatan ke atas kecanggihan teknologi maklumat dan
internet ini. Namun, kita harus sedar bahawa kita mampu memperolehi kawan dan
lawan dalam tempoh masa yang singkat.
Adakah kita sebagai netizen
bebas untuk menaip apa sahaja di dalam media baru tanpa mengambil kira dari
setiap aspek? Adakah kita boleh menaip perkara yang menyentuh sensitiviti agama
atau bangsa lain?
Setiap
individu di dalam dunia ini diberi hak kebebasan mengeluarkan sebarang
pendapat, menerima dan menyebarkan maklumat melalui media tanpa mengira
sempadan (McDougal & Bebar, 1964) . Tidak dapat saya
sangkal lagi bahawa kita mempunyai kebebasan bersuara untuk meluahkan apa yang
ada di dalam hati tetapi kita perlu ingat, itu bukanlah satu lampu hijau untuk
kita meluahkan ‘semua’ apa yang ada di dalam hati. Sebelum kita ingin membuat sebarang
komen atau ulasan di dalam online news
portal, kita harus fikir impak yang akan kita tinggal melalui komen/ulasan
itu terhadap orang lain.
Oleh
kerana kita di Malaysia ini suka membandingkan negara kita dengan negara luar,
mari saya tunjukkan sedikit kebebasan yang ada di Amerika Syarikat (USA). Menurut William Fisher, perlembagaan di USA mengatakan
kerajaan boleh menyekat ucapan di dalam mana-mana cara yang wajar dan sesuai
dengan keadaan dan setiap ucapan adalah bebas untuk disampaikan kecuali sebab
yang tertentu. Antaranya adalah perkataan yang mempunyai unsur penghinaan dan
mampu membuat seseorang individu atau kumpulan untuk membuat tindak balas
terhadap penghinaan itu. Ingin saya terapkan apa yang diperkatakan oleh Fisher
di dalam situasi di Malaysia. Di Malaysia juga mempunyai kebebasan bersuara
namun kebebasan itu bukanlah berunsurkan mutlak dan hakiki. Setiap kebebasan
itu ada batasnya dan perlu dijaga oleh setiap netizen di Malaysia ini.
Walau
bagaimanapun, adalah sukar untuk mengukur tahap ‘bebasnya bersuara’ bagi rakyat
Malaysia yang membuat komen/ulasan di online
news portal terutamanya di online
news berhaluan kiri. Ini kerana, tidak kira apa sahaja komen/ulasan yang
dibuat oleh netizen di Malaysia, Akta
Hasutan 1948 (AKta 1948) sentiasa menghantui diri mereka. Oleh disebabkan itu,
secara tidak langsung netizen di
Malaysia mempunyai satu garisan sempadan yang menghadkan diri mereka daripada
membuat sebarang komen/ulasan yang barbaur negatif dan seterusnya menggugat
kesejahteraan negara Malaysia.
Konklusinya
di sini, setiap pengguna internet khususnya di Malaysia ini mempunyai satu garis panduan di dalam membuat sebarang komen/ulasan mengenai sesuatu isu
yang berlaku di dalam negara khususnya isu yang berat dan serius seperti
politik. Kita bebas untuk menyampaikan pendapat di dalam internet namun kita
harus sedar setiap apa yang kita komen/ulas itu mampu menghuru-harakan negara.
p/s: Pisau dan lidah, mana lagi tajam lagi menyakitkan?
References
Fisher, W. (2001, June 14). Freedom
of Expression on the Internet. Retrieved from the Berkman Center for
Internet and Society: http://cyber.law.harvard.edu/ilaw/Speech/#discussion
McDougal, M. S., & Bebar, G. (1964). Human Rights in
the United Nations. Faculty Scholarship Series , 624.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh: Muhammad Alif Asyraf bin Ahmad Affandi (37252)
Ini adalah pendapat peribadi penulis
berdasarkan soalan “To what extent are online news readers allowed to comment
on the news?” yang
dikemukakan di dalam silde, New Media and Journalism.