OLEH:
MOHD NASHRIQ BIN NIZAM 37120
Sehingga
hari ini, bidang kewartawanan telah berkembang dengan pesat. Semasa era Dato’
Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, media kini telah masuk dalam era
globalisasi yang perlu berhadapan dengan banyak cabaran. Perkembangan
media yang berlaku hari ini membuatkan
kerajaan lebih bersifat terbuka dalam mengawal akhbar (Chamil, 2012). Hal ini
demikian kerana kerajaan sedar dengan peranan media yang bebas, adil dan
bertanggungjawab terhadap pembangunan dalam negara ini. Dalam erti kata yang lain, kewartawanan arus
perdana tradisional merujuk kepada gaya kewartawanan yang telah wujud sejak era
1990-an lagi sebelum lahirnya media baru atau media interaktif seperti blog, Youtube, Facebook, Twitter, video dan
perkongsian foto laman web seperti Flickr, Instagram, dan lain-lain. Menurut
Dato’ Seri Mohd Najib dalam satu ucapannya pada Malam Wartawan Malaysia (2012),
kerajaan menghormati kedudukan media sebagai sebuah entiti yang bebas dalam
melaksanakan peranan imbang periksa terhadap pentadbiran pemerintahan negara.Beliau
juga telah mengumumkan transformasi politik sebagai satu inisiatif dalam
membantu kewartawanan dengan melakukan pemansuhan pembaharuan tahunan lesen
penerbitan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Maklumat
yang dikumpul, dianalisis, disahkan, disusun dan akhirnya disampaikan kepada
penonton merupakan aspek atau tugasan utama dalam bidang media ini. Untuk memastikan aspek ini ada, setiap wartawan
haruslah mempunya nilai-nilai seperti berintegriti, hormat-menghormati,
ketepatan dan keadilan. Perkembangan dan
perubahan dalam industri kewartawanan pada masa kini mempunyai pertalian yang
rapat dengan perkembangan teknologi. Oleh itu, lahirlah wartawan yang digelar ‘citizen journalism’ sehingga telah
menggugat kedudukan ‘traditional
journalism’.
Menurut
(Jeniri Amir, 2007), semasa di bawah pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun
Dr. Mahathir Mohamad, industri surat khabar dan dunia kewartawanan di Malaysia
telah melalui proses pertumbuhan ke arah kematangan yang lebih pesat,
termasuklah dari segi penggunaan teknologi dalam sirkulasi dan pendapatan dalam
periklanan. ‘Traditional journalism’
boleh saya katakan berkait rapat dengan status, peranan dan tanggungjawab. Tetapi
bukan media yang digunakan. Manakala, (Papacharissi, 2009) berpendapat bahawa ‘citizen journalism’ sangat jauh peranan dan tanggungjawab berbanding ‘traditional journalism’ , di mana kemunculan dan perkembangan
teknologi atau media interaktif telah
melahirkan golongan ‘citizen journalism’
ini seperti contoh ‘bloggers’ dan ‘online
journalist’. Di Malaysia, The Malaysian Insiders dan Blog Ameno World merupakan
contoh medium yang digunakan oleh ‘citizen
journalism’.
Apa
yang saya boleh katakan adalah, ‘citizen
journalism’ ini melibatkan
komunikasi dua hala kerana tidak memerlukan wartawan terlatih atau ‘official journalist’ yang tidak terikat dengan etika
kewartawanan. Oleh itu, ‘citizen journalist’ hanya melibatkan sebahagian kecil penonton
berbeza dengan ‘traditional journalist’ yang
mempunyai penonton dalam skala yang besar. Ciri utama berita yang disampaikan adalah objektif dan pendapat mereka. Tetapi,
kebanyakkan mereka menyediakan berita yang seimbang seperti yang dilakukan oleh
‘traditional journalist’. Ini sedikit
sebanyak memberi pandangan yang berbeza kepada penonton dan pembaca walaupun
kandungan berita yang diperolehi merupakan berita yang baharu dan berbeza
konteks dalam rakngkaian.
Kemunculan
internet serta peranti teknologi mudah alih seperti komputer dan telefon pintar
membawa kepada perkembangan ‘citizen
journalism’ telah memberi kesan buruk
kepada ‘traditional journalism’. Satu
laporan oleh akhbar Guardian dimaklumkan bahawa di Amerika Syarikat, 166 akhbar
telah ditutup sejak 2008. Ini telah membuktikan bahawa peranan ‘traditional
journalism’ dalam kanca mata
masyarakat telah terkubur dimana ‘citizen
journalism’ dan blog-blog telah mengambil alih peranannya sebagai penyampai
maklumat yang tepat dan telus.
Untuk
tidak memastikan ‘Traditional journalism’ mati atau terkubur begitu sahaja, mereka
haruslah melakukan transformasi dalam konteks peranan mereka daripada menjadi
sumber tunggal dalam menyampaikan berita kepada kerajaan. Menurut (Crowe, 2012), perkembangan media
sosial dalam akhir-akhir ini telah menyebabkan rakyat berkuasa penuh dalam
menyumbang serta memperbaiki proses berita setanding dengan ‘traditional journalism’ . Seperti contoh, ketika berlakunya
perhimpunan Bersih 2.0, arus media utama tidak menyiarkan laporan yang sahih.
Sebaliknya, ‘citizen journalism’ telah
menyediakan laporan yang lebih tepat, menarik dan tidak ditapis oleh media
kerajaan. Hakikatnya, sesetengah berita
mereka telah diambil oleh media kerajaan
untuk mendapatkan sumber maklumat. ‘Traditional
journalism’ perlu menggunakan segala
media yang ada untuk menyampaikan berita mereka. Oleh yang demikian,populariti ‘traditional
journalism’ tidak akan setanding
dengan ‘citizen journalism’ .
Dalam
usaha untuk menambat hati penonton untuk kembali mempercayai ‘traditional journalism’ , mereka perlu mencari kebenaran dalam
setiap berita-berita yang mereka ingin sampaikan kepada masyarakat. Seperti
contoh, kebanyakkan ‘traditional journalism’ kini telah memberi liputan berita dengan
menggunakan Twitter sebagai medium
mereka untuk menyalurkan maklumat dan menambat hati pembaca serta penonton. Mereka juga
haruslah menjadikan ‘citizen journalism’ sebagai
mentor untuk mendapatkan berita yang sahih.
Oleh
itu, ia membuktikan bahawa ‘traditional
journalism’ dalam arus perdana
hampir terkubur dalam masyarakat yang membesar dengan teknologi-teknologi yang
canggih ini dan kebangkitan ‘citizen
journalism’ sememangnya mengubah peranan ‘traditional journalims’ secara totalnya.
Rujukan
Akta
Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Chamil
Wariya. (2012). Kewartawanan dan media
era digital. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Crowe,
A. (2012) . Disasters 2.0: The
Application of Social Media Systems for Modern Emergency Management.
Florida: CRC.
Jeniri
Amir. (2007). Akhbar politik, politik
akhbar. Universiti Malaysia Sarawak.
Papacharissi,
Z. (2009). Journalism and Citizenship:
New Agendas in Communication. New York: Routledge.
Ucapan
oleh Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana MenteriMalaysia, di
Majlis Makan Malam Jabatan Peguam Negara (11 Julai 2012)