Monday, 11 May 2015
Sunday, 10 May 2015
Online Game vs Outdoor Game
Assalamualaikum
Bilamana kita bercakap tentang online game pasti counter
strike antara online game yang terlintas di minda kita. Saya yakin pembaca di
sini pernah melibatkan diri dalam dunia perang online game tersebut. Tetapi di
sini bukanlah saya nak perihalkan tentang cara-cara bermain online games tersebut
akan tetapi saya nak hasilkan apa yang terlintas di minda saya ketika ini
online game vs outdoor game.
Online game ataupun permainan video merupakan permainan
carian sumber daripada internet di mana tiada kekangan ataupun limitasi masa
ataupun tempat untuk bermain permainan video tersebut. (Game Mile, 2006) .
Kecanggihan teknologi sekarang menjadikan jaringan permainan
video ini lebih menarik dan kreatif. Sebagai contoh remaja sekarang lebih
berminat untuk bermain permainan video yang boleh dimuat turun melalui aplikasi
telefon bimbit. Jadi melalui telefon bimbit sahaja sesiapa mampu untuk bermain
permainan video ini. Bahkan juga, sesetengah permainan video menubuhkan satu
kelab untuk permaina itu sahaja. Walaubagaimanapun,
impak permainan video ini lebih ke arah keburukan. Hal ini kerana, permainan
video ini tidak mercerna tenaga dari segi fizikal. Ini menjadikan masyarakat
terutama belia menjadi malas dan ketagih untuk bermain permainan video.
Berbeza pula dengan permainan aktiviti luar yang lebih
bersifat lincah dan aktif. Sebagai contoh bermain bola sepak ataupun permainan
tradisional seperti tengteng yang mengeluarkan peluh. Aktiviti sebegini lebih
banyak pergerakan berbanding permainan video. (Lona Glen, Maria
Castle) .
Secara rambang kita boleh lihat bahawa kecanggihan teknologi
ini mencerminkan bagaimana kebangkitan permainan video serta sudah tentu sikap
yang bermaian permainan video itu mempengaruhi kehidupan mereka. Kekreatifan permainan
video ini tidak dinafikan menenggelamkan permainan tradisional bahkan juga
sudah wujudnya permainan tradsional melalui aplikasi yang boleh dimuat
turunkan.
Oleh Khairul Wafaa Bt Mahfodz
36494
Rujukan
Game Mile. (2006, October
13). Retrieved May 10, 2015, from Dictionary content: gamemile.com
Lona Glen, Maria
Castle. (n.d.). Scholar Advisor. Retrieved May 10, 2015, from Outdoor
Activities vs Online Games: www.scholaradvisor.com
Impak Online Games Terhadap Remaja
peace be upon you
Works Cited
Online
gaming adalah permainan
komputer yang menggunakan rangkaian internet untuk bermain. Kelebihan permainan
kompter online ini berbanding
permainan komputer yang lain adalah, ianya mampu melibatkan pemain permainan
komputer online dari kawasan lain
untuk bermain dalam satu masa yang sama. Kita mampu bermain dengan pemain dari
luar negara seperti dari England. Terdapat banyak permainan komputer online
yang ada seperti Fifa, Clash of Clan
dan lain-lain lagi.
Namun,
permainan komputer online ini sudah
menjadi seperti candu kepada pengguna yang bermain permainan komputer online ini. Mereka seakan-akan sudah
melekat di depan komputer dan tumpuan mereka hanyalah tertumpu pada skrin
komputer sahaja. Ada di kalangan pemain tegar permainan komputer online ini mampu tidak makan seharian
hanya kerana bermain permainan komputer ini. Berdasarkan kajian yang dijalankan
oleh Jonathan Scott dan Alison P. Porter Armstrong, remaja dari lingkungan
13-17 tahun berisiko menghadapi kemurungan sekiranya mereka bermain permainan
komputer online pada jam 10 malam hingga ke tengah malam (Scott &
Armstrong, 2013) .
Apabila remaja di dalam lingkungan 13-17 lebih banyak menghabiskan masa di
depan komputer berbanding bermain di luar rumah bersama rakan, ini akan
menjadikan mereka tidak aktif dan mereka akan kurang berkomunikasi dengan
masyarakat luar.
Selain
itu, kebanyakkan permainan komputer online
tidak bercirikan pendidikan. Maka dengan itu, remaja yang menghabiskan masa
dengan bermain permainan komputer akan lalai dan akan memandang pelajaran
sesuatu yang membosankan. Oleh kerana mereka sudah seronok bermain, mereka
tidak tahu bila untuk berhenti dan mereka akan terus bermain sehingga
mengabaikan pelajaran (Wakita, 2008) .
Kesan yang
diberikan permainan komputer online terhadap remaja bukan calang-calang. Jika remaja
itu tidak dapat mengawal diri daripada terus leka, maka tidak mustahil akan
memberikan kesan negatif terhadap remaja itu sendiri.
Works Cited
Scott, J., &
Armstrong, A. P. (2013). Impact of Multiplayer Online Role-Playing Games upon
the Psychosocial Well-Being of Adolescents and Young Adults: Reviewing the
Evidence. Psychiatry Journal , 4-5.
Wakita, Y. (2008). How Online Gaming Can Affect Social
Skills Of Teenagers. Arts, Entertainment and Leisure , 1-4.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh: Muhammad Alif Asyraf bin Ahmad Affandi (37252)
Ini adalah pendapat peribadi penulis.
Monday, 4 May 2015
Tu dia anwad hadi!!
Sekadar pemerhatian kasar
![]() |
sumber: http://www.bloggerwanita.com/5-sebab-i-like-jejaka-lawak-ini-siapa/ |
![]() |
http://www.anwarhadi.blogspot.com/ |
Blog Ini Anwar Hadi merupakan blog pertama yang penulis telah ikut ketika zaman-zaman baru menikuti blog iaitu sekitar selepas stpm selepas melihat vlog yang dihasilkan oleh beliau. Pada penulis, beliau mempunyai karismanya tersendiri dalam melontarkan buah fikiran dengan gaya yang bersahaja tapi senang difahami. Blog yang berkisar kehidupan sendiri atau orang lain (kurang pasti) tidaklah sepopular blogger lain. Kehebatan beliau terserlah apabila melakukan vlog (pandangan penulis). adakah ia berbentuk seperti kewartawanan?
Penulis hanya tertarik dengan kisah hidup beliau. Walaupun jarang mengikuti blognya dan masih belum membeli buku yang dihasilkan oleh beliau, encik Anwar Hadi masih menjadi kegemaran penulis selepas Matlutfi90.
Menurut Chin dan Judy (2008), blogger memandang blog sebagai diari alam maya atau jurnal dengan berkongsi pandangan, minat dan kehidupan harian yang menghasilkan reputasi alam maya. Bermula daripada tahun 2008, beliau telah mula menulis menerusi blog tentang dirinya meskipun tiada siapa memberi komen beliau tetap akan menulis. Pada pandangan penulis, reputasi beliau terhasil apabila beliau menghasilkan vlog (sekadar pandangan) oleh itu beliau kurang dikenali sebagai blogger. Hanya yang mengenali beliau dan minat akan mengetahui tentangnya (berdasarkan blog).
Pandangan penulis yang dangkal ini sekadar ingin menyatakan perihal kewujudan blog Anwar Hadi dan minat beliau yang suka menulis walaupun tiada komen. Ia sesuatu yang membuatkan penulis tertanya-tanya. Manakala sense of belonging ialah antara sebab berlakunya penglibatan dalam blog kata Chin dan Judy (2008). Menulis tanpa mengharapkan komen mahupun reputasi serta dikenali boleh dilihat dan dikaji oleh mana-mana ahli akademik untuk mengetahui sebab disebalik ia berlaku. Tidak ramai yang menulis blog tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Oleh itu, minat dan sense of belonging merupakan perkara utama pada penulis sebab blogger di luar sana menulis (selain bisnes). Ingin menjadi sebahagian yang penting dalam sesuatu yang penting, ingin melakukan sesuatu yang penting dalam menjadi sesuatu yang penting memerlukan pemikiran yang kritis, berani, jujur dan benar dalam mencapai status di hati blogger di luar sana. Di mata saya itulah peranan blogger dalam menyampaikan mesej dan buah fikiran.
* Entri ini masih lagi mempunyai kekurangan dan hanya berlandaskan pemikiran yang cetek
Tulisan insan bernama Nor Khaironisa binti Sarnin 37672
Rujukan
Chin, L, H., Judy, C-C, L. (2008). Acceptance of blog usage: The roles of technology acceptance,
social influence and knowledge sharing motivation. Information & Management. 45, 65–74.
Sunday, 3 May 2015
Terjah Video "BLUE"
http://newbudakhot88.blogspot.com/?zx=d44b16947c7462a9
Blog ini yang dikendalikan sendiri oleh individu yang dikenali sebagai BUDAK. Blog ini lebih tertupu kepada video seksual dari seluruh negara. Blog ini lebih memfokuskan perkongsian video lucah lelaki.
Walau bagaimanapun blog ini tidak menentukan fokus terhadap pembaca kerana hanya mengunakan penulisan yang berunsur ghairah dan yang ringkas mengenai video yang dikongsi kepada golongan mereka sahaja serta dikongsikan kepada
orang ramai untuk turut meminati blog tersebut.
Menurut The Star pernah melaporkan bahawa 4.04 juta carian
telah dibuat oleh orang Malaysia dari Ogos 2012 hingga ke Januari 2013
sahaja. Jika kita ambil semua rakyat Malaysia tidak kira umur, 4.04 juta
bermakna 13.7% rakyat Malaysia melakukan carian mengenai bahan lucah
dan data ini datang dari satu laman web untuk tempoh 6 bulan.
Menurut Heider & Harp, (2000) kuasa Internet dalam menyalurkan informasi dan menghubun gkan dunia, merentasi benua tanpa mengira batas sempadan negara telah mengubah lanskap budaya serta mempercepatkan lagi penerimaan masyarakat dunia terhadap nilai-nilai sejagat .
Pada pendapat saya, keberanian individu tertertu menkongsikan video lucah begini punca kegiatan songsang ini berleluasa. Hal ini kerana pengalaman yang dikongsi menyebabkan m mereka diterima oleh semua dan mewujudkan keberanian di antara mereka untuk menyebarkan video tersebut. Ini bermaksud, walaupun isu ini ditentang, golongan ini tidak takut akan hukum serta kesalahan kerana merasakan sokongan dari golongan mereka sendiri. Sebagai contoh mereka tidak merasakan bersendirian melakukan sesuatu yang salah.
Rujukan
Heider, D & Harp D (2002). New hope or old power: Democracy, pornography and the Internet, The Howard Journal of Communications, 13: 285-299.
Di conteng oleh: Nur Zatul Iftitah Zolkana [38069]
Subscribe to:
Posts (Atom)