Tuesday, 17 March 2015

CLASH OF CLAN (MEMPENGARUHI MINDA SI PEMILIK)

Clash of clan(COC) permainan yang dicipta oleh "Supercell". Permaian ini boleh didapati secara percuma di Google Play Store sejak 8 Oktober 2013. Clash of clan merupakan permainan strategi di mana pemain boleh membina dan mengembangkan kampung serta membuka kunci pahlawan untuk menguatkan kubu pertahanan dari serangan-serangan dari pemain lain. Selain itu perang atau lebih dikenali sebagai "war" akan membuatkan kesemua pemain di dalam satu kumpulan bergabung dan menyerang clan yang lain untuk memperolehi upah atau reward keatas kemenangan clan tersebut.

Sering kali kita tertanya-tanya apakah kehebatan permainan COC ini pada masa kini kerana hampir semua golongan memiliki akaun COC. Secara positif permainan ini dapat meluangkan masa untuk merehatkan minda seseorang dari perkerjaan mahupun pelajaran.

Dari sudut pandangan saya, bagaimana permainan COC ini boleh memperngarui minda sesorang melalui teknik dan strategi yang membuatkan seseorang itu seronok bermain permainan tersebut.Teknik-teknik yang dimaksudkan di sini adalah bagaimana seseorang itu menyusun base dari segi pertahanan untuk mengelakkan dari diserang pihak lawan. Kebiasaannya pihak lawan yang menyerang adalah untuk mencuri

"gold" dan "elixia" atau pun meruntuhkan Town Hall yang membolehkan pemain menampah trophy disamping meningkatkan tahap mainan tersebut. Permainan COC secara umumnya mempengaruhi seseorang untuk berfikir secara terperinci kerana untuk mencapai sesuatu matlamat perlu lakukan sesuatu. Sebagai contoh, permainan COC ini adalah saling berkait di mana untuk meningkatkan Town Hall, pemain memerlukan gold untuk  menuju ke peringkat seterusnya. Dengan meningkatkan Town Hall, pemain dapat membeli pelbagai barangan yang membuatkan sesebuah base menjadi kuat.

Dari segi strategi pula, permainan COC ini membantu minda kita untuk berfikir lebih jauh. Strategi yang dimaksudkan disini adalah strategi pemain untuk menyerang. Untuk penyerangan biasa, pemain boleh mencari base pemain lain yang tidak aktif yang bermaksud pemain tersebut offline. Setelah pemain ditentukan untuk menyerang pemain lain, pemain akan diberi masa 30 saat untuk mengatur strategi dan memyerang base pihak lawan pula diberi masa 2minit untuk mengalahkan pihak lawan. Berlainan pula dengan WAR dimana membabitkan semua ahli Clan tersebut bersatu untuk menyerang Clan pihak lawan. Pemain juga diberi masa 24jam untuk menyediakan persediaan seperti mengatur base dan dapat melihat base pihak lawan serta mengatur strategi untuk mengalahkan pihak lawan. Seterusnya, pemain diberi masa 24jam bagi membuat serangan sebanyak 2 kali untuk memungut bintang yang menentukan kemenangan sesebuah clan tersebut.
Oleh itu, pada pendapat saya permainan COC ini juga membantu meningkatkan pemikiran seseorang dan membuatkan minda kita lebih cenderung memikirkan sesuatu lebih jauh. 

Namun, permainan COC ini mendapat persepsi negetif oleh umum kerana melekakan pemain. Sebagai contoh, apabila terlalu taksub meningkatkan tahap pertahanan akan membuatkan pemain leka tanpa menghiraukan setuasi sekeliling. 

Kesimpulanya, pada pendapat saya, permaian COC ini bergantung kepada individu bagaimana seseorang itu menilai dari segi positif dan negetif kerana saya juga mempunyai akaun COC dan pernah merasakan ketagihan hingga tidur lewat malam, namun sebagai pelajar saya merasakan pelajaran lebih penting yang menentukan masa hadapan seseorang. Kelekaan bermain permainaan ini terjadi apabila rakan-rakan di sekeliling memperlekehkan base pemain lain serta kekalahan yang membuatkan kita tidak dapat terima hakikat akan kekalahan lalu taksub meningkatkan sistem pertahanan.




*hanya pandangan tersendiri dan tiada kaitan dengan sesesiapa yang baca.
tukang merapu :
Nur Zatul Iftitah Zolkana (38069)

4 comments:

  1. Assalamualaikum Saudari..

    Jujur saya katakan, bahawa saya bukan peminat tegar kepada pemainan atas talian. Hal ini demikian kerana, memandangkan kekurangan saya yang tidak mempunyai telofon pintar yang membolehkan saya menikmati permainan ini.

    Jadi, setelah membaca hasil tulisan saudari, agak sukar untak saya fahami rentak permainan ini, namun ianya sesuatu yang baik kerana pendedahan saudari ini, membuka mata saya bahawa teknologi hari ini telah jauh berkembang maju.

    Pada pendapat saya, permainan ini cukup menguji minda dan baik sesuai dinikmati oleh khalayak umum. Bukan sahaja, permainan ini bersifat menarik, malah permainan ini memerlukan pemain untuk berfikir bagi menyusun strategi. Jadi, pada saya, permainan yang menguji minda, baik untuk dimainkan dek kerana ia mampu meningkatkan daya fikiran seseorang itu.


    ReplyDelete
  2. assalammualaikum awak2 semua..

    Sungguh hebat tulisan saudari ieff...nampak gaya saudari ieff mahir dengan permainan ini..Mesti handal dalam merancang strategi dan menyusun pertahanan...

    Mesti rakan-rakan pernah mendengar isu suami yang menceraikan isterinya hanya kerana suaminya taksub dengan permainan ini...sungguh hebat penangan permainan COC yang menyebabkan pergaduhan dan penceraian dalam kalangan masyarakat...tidak adil bunyinya apabila saya mengatakan COC penyebab pertelingkahan yang terjadi...

    Kawalan diri merupakan kunci utama apabila kita mula menyukai sesuatu perkara..malahan ia perkara penting yang perlu ada dalam diri pencinta-pencinta permainan atas talian...tidak kira sama ada permainan mahupun ketika melayari media sosial lain...

    Bak kata saudara asyraf, permainan mampu menguji tahap pemikiran dalam merancang strategi permainan..saya setuju dengan pendapat saudara...Hakikatnya, ramai yang kecundang kerana kalah dalam mengawal diri sehingga membawa kepada pengabaian terhadap perkara yang lebih penting...

    berbahagialah mereka yang bijak dalam mengawal nafsu untuk bermain COC tanpa mengabaikan perkara lain...tetapi bagaimana pula dengan mereka yang kalah sebelum berperang??

    ReplyDelete
  3. salam

    saya memang tidak setuju COC ini membawa kebaikan masa hadapan kita walaupun ia melibatkan otak dan imaginasi

    ReplyDelete
  4. As salam...
    Saya bersetuju dengan hujah saudari yang mengatakan bahawa 'Kelekaan bermain permainaan ini terjadi apabila rakan-rakan di sekeliling memperlekehkan base pemain lain serta kekalahan yang membuatkan kita tidak dapat terima hakikat akan kekalahan lalu taksub meningkatkan sistem pertahanan'. Akibat ketaksuban inilah yang menyebabkan ramai masyarakat lalai dan leka dengan tanggungjawab mereka di dunia dan akhirat. Ketahuilah bahawa permainan ini COC ini telah diharamkan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia atas faktor salah satu level dalam games ini mempunyai lambang Yahudi.
    Sekian Terima Kasih..
    Wasalam..

    ReplyDelete