Friday, 13 March 2015

GLOBALIZATON AND NEW MEDIA.

Salam alaik ya ahli kubur.

Untuk entri kali ini, izinkan saya, Faatimatuz-zahra' by Ishak, 35593, mengupas, mengopek, mengorek dan melontarkan sedikit ilmu dan pendapat buat rakan-rakan sekalian.

Topiknya ialah mengenai globalisasi dan media baru (new media).
Globalisasi merupakan satu fenomena dimana ia meletakkan dunia sebagai satu tempat yang membolehkan semua perkara mampu diperoleh tanpa sempadan. Ia memperlihatkan dunia ini seolah kelihatan lebih kecil dalam konteks perhubungan manusia akibat daripada kepantasan penyebaran serta perkembangan teknologi maklumat.

Berdasarkan pemahaman saya, antara faktor yang menyebabkan berlakunya globalisasi kerana munculnya ‘New Media’. Namun, persoalannya adakah benar new media ini merupakan punca globalisasi?

Mari kita recap semula pembelajaran kita didalam kelas, dimana terdapat tiga kategori negara yang terdapat dibawah ‘World System Theory’, iaitu, Core countries, semi-periphery countries dan periphery coutries. Negara yang serba maju dan berkembang pesat dalam segala aspek berada dibawah core countries, seperti United Kingdom dan United States. Manakala negara seperti India, China dan India berada dalam kategori semi-periphery, dan South Africa dan Afghanistan masing-masing berada di kategori periphery.

Bagaimana dengan Malaysia? Di kategori manakah negara kita berada? Dengan perkembangan internet yang semakin maju sebagai ajen media baru di negara kita, mampukah kita berada selaras dengan negara-negara Core countries, seperti USA dan UK?

Pada pandangan saya, disebabkan kerana menginginkan kedudukan negara Malaysia setanding dengan negara lain dalam mengejar terma globalisasi, Malaysia terlalu banyak menyerap masuk budaya-budaya luar yang saya kira tidak bersesuaian dengan dasar ketimuran kita. Saya ambil contoh, penggunaan internet yang berleluasa merupakan pengaruh globalisasi terhadap sosial dan budaya. Internet yang mudah diakses membolehkan setiap golongan tidak mengira usia menggunakannya dengan cepat dan pantas. Tapi adakah kita cakna perkara ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada pengguna mengakses laman web yang kurang bermoral dengan lebih mudah?

Mari kita berfikir sejenak mengenai perkara ini. Adakah benar Malaysia mampu dan layak untuk berada dalam kategori Core Countries setanding dengan negara-negara yang gah seperti United States of America? Tepuk dada, tanyalah selera.

wassalamu.

Dapat surat dari posmen,
Dah baca, jangan lupa komen.

ENTRY BY: FAATIMATUZ-ZAHRA' BT ISHAK (35593)

9 comments:

  1. Assalamualaikum dituju khas buat penulis,

    Saya amat tertarik dan bersetuju dengan entri anda mengenai globalisasi dan media baru. Tidak salah jika saya ingin berkongsi kefahaman saya mengenai globalisasi dan media baru dan Izinkan saya berpolitik disini...


    saya bagi contoh amat mudah, website milik White House yang menggunakan medium itu untuk mendapatkan petisyen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat sehingga mencatatkn tandatangan lebih daripada 100 000 .

    Ini cukup jelas menunjukkan kuasa besar seperti Amerika Syarikat yang kononnya menegakkan hak asasi manusia dan kedaulatan undang2 secara adil mampu menghalang sistem kehakiman di negara kita dengan pelbagai cara seperti menggunakan media baru sebagai senjata mereka.

    Oleh yang demikian, kita dapat lihat bagaimana core countries dapat memonopoli negara2 kecil dengan pelbagai cara.

    wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    "adakah benar new media ini merupakan punca globalisasi?" ini merupakan soalan saudari kepada para pembaca.

    New Media atau digelar media baru bukanlah punca tercetusnya globalisasi ini. Jika kita kembali pada tahun dimana kerajaan melayu menjadikan melaka sebagai kawasan perlabuhan, pelbagai bangsa dan kaum datang untuk berdagang, dalam diam mereka juga mempromosikan adat serta budaya mereka. Jadi dari situ juga berlakunya globalisasi.

    Akan tetapi, kita boleh katakan yang media baru memudahkan proses globalisasi. Jika dahulu orang perlu menaiki kapal merentasi lautan untuk menyebarkan adat dan budaya, atau memperkenalkan fahaman mereka, maka hari ini kita menyaksikan bahawa penyebaran itu menjadi sangat mudah. Hanya memerlukan sedikit masa dan tenaga.

    Malaysia tidak akan mampu untuk menjadi negara yang menguasai negara-negara luar. saya memetik kata-kata ini dari buku Tun Dr. Mahathir. Beliau mengatakan demikian kerana hasil bumi kita sudah dibawa keluar. Sekiranya hasil bumi yang mereka bawa keluar dahulu, kita gunakan semaksima mungkin, kita boleh menjadi sebuah negara keluar dari zon "cengkaman" negara-negara teras.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt…
    Saudari Aten, saya bersetuju dengan pandangan saudari yang menyatakan bahawa penggunaan internet yang berleluasa merupakan pengaruh globalisasi terhadap sosial dan budaya. Industri Malaysia telah berkembang dengan pesat sejak tahun 1980an selaras dengan dasar liberalisasi kerajaan terhadap media cetak, dasar penswastaan kerajaan terhadap media penyiaran dan juga galakkan kerajaan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengurusan, perniagaan dan kehidupan seharian masyarakat.

    Namun, sedarkah kita bahawa dengan kewujudan media baru dalam industri negara kita telah memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian masyarakat kita pada masa kini. Dalam era globalisasi di mana maklumat tersebar melampaui batasan sempadan negara tanpa tapisan dan sekatan, isu identiti budaya sesebuah masyarakat telah mendapat perhatian. Sebagai contoh, kita sering perhatikan bahawa budaya luar yang tidak bermoral disajikan kepada audien tempatan melalui watak-watak tempatan tetapi membawa mesej daripada budaya luar. Bagi generasi muda yang sering meminati program media luar sudah tentu secara sedar atau tidak terdedah kepada unsur-unsur budaya luar yang tidak sihat.

    Ada kemungkinan juga unsur dan nilai daripada budaya luar ini secara tidak langsung diasimilasikan dalam nilai dan tindakan mereka. Namun sedemikian, perubahan paradigma ini perlu dipraktikkan dengan sebaik-baiknya secara positif dan menggunakan ICT ini sebagai kemudahan dalam kehidupan seharian kita.
    Hasil daripada perkembangan semasa dunia global kini, masyarakat Malaysia perlu mengambil peluang ini untuk menonjolkan sifat-sifat keperibadian yang luhur dan murni dan juga menjadi lebih terbuka terhadap isu semasa serta mampu memanfaatkannya ke arah memantapkan jati diri bangsa negara.

    Sekian sahaja daripada saya,
    Norhayati Tahir (37764)
    Wassalam…

    ReplyDelete
  5. Salam saudari Faatimatuz-Zahra.

    Antara kita, ada berlaku sedikit ketidaksamaan di sini. Antaranya adalah, media baru bukanlah penyebab terjadinya kepada globalisasi tetapi kehadiran media baru adalah titik tolak kepada globalisasi untuk merebak dengan lebih pantas ke seluruh dunia.

    Malaysia mampu menjadi negara maju dan dapat berada sekurang-kurangnya di dalam kumpulan semi-periphery countries. Akan tetapi kita sebagai rakyat Malaysia harus menukar pemikiran kita yang sering kali melihat kemajuan tidak akan dicapai jika kita tidak meniru negara luar seperti Amerika Syarikat. Oleh kerana terlalu taksub dengan kemajuan negara luar, kita tidak mampu memajukan Malaysia dengan lebih hebat dan seterusnya mencipta globalisasi mengikut acuan sendiri.

    Walaupun kita bukanlah pencipta media baru dan internet, tetapi kita mampu bersaing dengan negara core countries. Kerana apa? Kerana MALAYSIA BOLEH!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Saudari..

    Berbalik kepada persoalan yang telah dirungkaikan, saya berpendapat bahawa persoalan mengenai siapa yang mempengaruhi siapa soalah-olah tiada noktah penghujungnya. Dalam konteks persoalan kali ini, adakah 'new technology' mempengaruhi globalisasi atau sebaliknya. Menurut kaca mata pandangan saya, siapa yang mempengaruhi siapa, tidak penting namun, bagaimana kedua-dua medium ini mampu memberi sejuta manfaat dalam melahirkan masyarakat yang bukan sahaja tinggi nilai illmunya, di samping masyarakat yang berdaya saing dari segenap aspek kehidupan, ekonomi dan juga sosial.

    Ini semua berbalik kepada disiplin individu itu semasa menggunakan medium ini. Contoh yang paling jelas dan nyata, zaman globalisasi merupakan suatu zaman yang cukyup besar dugaannya. Percaya atau tidak, dengan menekan satu papan kekunci, nasib seseorang inidividu itu akan berubah dalam sekelip mata. Bukan mahu bersikap skeptikal terhadap penggunaan teknologi, namun saya tidak dapat menyumbunyikan perasaan gusar mengenai kesan penyalahgunaan teknologi terhadap masyarakat hari inii. Tidak perlu rasanya saya memberikan sebarang contoh untul tatapan kalian, kerana saya yakin dan percaya kalian sudah sedia maklum mengenai isu ini.

    Namun apa yang cuba saya ketengahkan dalam ruangan kali ini ialah, globalisasi tidak akan tercapai tanpa penggunaan teknologi. Malah, tidak keterlaluan untuk saya bicarakan bahawa, kita sudah tidak jalan keluar untuk lari daripada bayangan teknologi. Meski pahit untuk ditelan, namun itu adalah hakikatnya. Namun, disebalik segala risiko yang dibawa oleh teknologi masa kini, masih ada sinar cahaya yang boleh kita harapkan hasil penguasaan teknologi masa kini. Sekali lagi saya tekankan di sini, semuanya adalah bergantung kepada disiplin pengguna itu sendiri.

    Hasil tulisan ini, cuma satu pandangan yang dilontarkan oleh penulis..

    ReplyDelete
  7. as salam. globalisasi merupakan istilah yang sudah lama wujud. Saya juga percaya bahawa kemunculan media baharu telah memacu globalisasi dengan lebih cepat.

    Pada saya, untuk Malaysia berjaya dan mampu bersaing dengan negara maju yang ada Malaysia harus berhenti mengikut apa yang dilakukan oleh negara maju. Sebaliknya, mencipta dan melakukan inovasi dengan acuan kita sendiri adalah lebih manis dan bermakna...

    ReplyDelete
  8. Saya bersetuju dengan pendapat penulis disebabkan kerana menginginkan kedudukan negara Malaysia setanding dengan negara lain dalam mengejar terma globalisasi, Malaysia terlalu banyak menyerap masuk budaya-budaya luar yang saya kira tidak bersesuaian dengan dasar ketimuran kita. Namun saya kurang bersetuju jika negara Malaysia dikateggorikan sebagai negara core countries kerana pada pendapat saya malaysia masih muda di dalam perkembangan teknologi. Sebagai contoh di dalam industri perfileman malaysia masih kurang menyerlah didalam pemilihan ffillem yang berunsurkan teknologi.

    ReplyDelete
  9. Globalisasi dan media baru sangat berkait rapat. Teknologi canggih yang telah di ciptakan oleh zaman sekarang membuatkan manusia lebih peka kepada keadaan sekeliling. Lihat sahaja penggunaan media baru seperti facebook, penciptanya hanya seorang tetapi penggunanya ada diseluruh dunia. Selain itu juga, penggunaan internet pada masa kini telah menyebabkan seluruh dunia bersatu. Seperti contoh, jika kita ingin mengetahui sesuatu maklumat, kita akan terus taip dan search dalam beberapa saat sahaja sudah dapat maklumat dikehendaki

    ReplyDelete