Friday, 20 March 2015

Mengapa Gajet Penting Dalam Kehidupan Kita?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera sahabat-sahabatku sekalian

            Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana diberi peluang dalam melontar isu-isu kali ini yang berkaitan tentang mengapa ‘Gadget’ itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT, gadget bukan sahaja menjadi trend kepada para remaja, malah ibu bapa juga turut tidak ketinggalan pada masa kini.Teknologi seperti gadget sudah menguasai global ini secara berleluasa. Gadget merupakan sebuah benda (alat atau barang elektronik) teknologi kecil yang memiliki fungsi khusus, tetatpi sering disosialisasikan sebagai sebuah inovasi atau barang baru (Prastyo Proso). Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan gadget jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.

 Antara kelebihan teknologi seperti gadget ini adalah seperti globalisasi, komunikasi, dari sudut keberkesanan kos, mengurangkan jurang budaya, meluangkan lebih masa dan mencipta peluang pekerjaan yang baru. Menurut MacArthur (2008), istilah Teknologi moden digunakan untuk menggambarkan media ekologi yang lebih tradisional, seperti buku, TV, radio dan menumpu dengan digital media, media khusus interaktif dan media untuk komunikasi sosial. Kini dengan perkembangan teknologi dalam komunikasi seperti gadget telah mempelbagaikan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas. 

            Kegunaan ICT seperti gadget sememangnya dapat memudahkan kita berkomunikasi dengan masyarakat di serantau di dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICT mempercepat hubungan antarabangsa. Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya gadget ini. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa Sempadan.  Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman sembang, e-mail, sistem pesanan ringkas (SMS), WEchat, Line, Whatshapp dan sebagainya.Kemudahan komunikasi ini banyak membantu kita untuk berhubungan dengan masyarakat di seluruh pelusuk dunia disamping memudahkankaum keluarga untuk berhubung sesama mereka. Menurut Nurrachmawati (2014), dengan semakin berkembangnya teknologi pada zaman moden ini, manusia semakin mudah untuk mendapatkan berbagai informasi dari penjuru dunia melalui telefon genggam yang sekarang ini disebut sebagai telepon pintar atau smartphone kerana keunggulannya dibandingkan dengan telefon bimbit pada zaman dahulu. Kita juga dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menggunakan telefon bimbit seperti gadget. Misalnya, dengan adanya ‘Whatsapp’ memudahkan kita untuk berhubung dengan rakan sekumpulan kita bagi membincang tentang sesuatu tugasan secara pantas dan cepat. Penghantaran kiriman mesej dengan whatsapp juga lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan kiriman sms biasa yang banyak menelan kredit setiap bulan.  
         
            Dengan penggunaan gadget dalam pekerjaan, kita boleh menjimatkan masa di mana proses perniagaan dapat disiapkan dalam beberapa minit sahaja dan juga dapat dikemaskinikan dalam masa yang singkat mengikut arus teknologi. Kemajuan teknologi sekarang dapat dilihat melalui penembusannya dalam setiap aspek kehidupan harian dari perniagaan hingga ke gaya hidup masyarakat.  Seperti yang kita sedia maklum bahawa ramai peniaga yang menjalankan perniagaan produk dan servis  mereka secara online sahaja.      Penggunaan gadget dalam perniagaan ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malah dapat menjimatkan ruang dalam bisnes online tanpa perlu menyewa tapak rumah kedai di luar.

            Justeru itu, dengan adanya gadget ini juga mampu memudahkan kerja dan urusan seharian kita secara online sahaja tanpa perlu membuat survey ke tempat tersebut. Misalnya kita boleh menempah tiket penerbangan Air Asia dan MAS secara online sahaja, tanpa perlu pergi ke lapangan terbang. Begitu jugalah jika ingin membuat pemerhatian sesuatu kawasan atau tempat yang kita ingin lawati. 

            Selain itu, penggunaan gadget juga memudahkan pembelajaran kita di kampus universiti. Hal ini kerana gadget mampu download nota-nota pembelajaran seperti PDF, Journal, Slide Share dan sebagainya. For a generation of young people, technology has assumed a substantial stake in their social and educational lives (Magwa Simuforosa, 2013).

Dengan adanya gadget ini, hanya menggunakan satu telunjuk jari sahaja untuk mencapai sesuatu perkara tersebut. Tambahan, gadget ini mudah dibawa pergi ke mana-mana sahaja kerana ia sangat ringan dan kecil. Mudah bukan? Oleh itu, gadget ini sangat penting dalam kehidupan kita dalam era kemodenanan ini. Usah berada di takuk yang lama dan bagaikan katak di bawah tempurung. Gunalah gadget ini atas kepentingan yang berfaedah sahaja dan jangan sesekali menyalahgunakan kemudahan ICT yang dicipta ini ke arah perkara yang tidak bermoral.
Sekian sahaja daripada saya….
Wasalam…

Daripada,
Norhayati Tahir
37764
Kajian Komunikasi.

Reference:
Prastyo.P. Pengaruh Penggunaan Gadget Pada Mahasiswa dan Hubungannya dengan Prestasi Mahasiswa (Studi Kasus Mahasiswa FMIPA UNLAM).  http://www.slideshare.net/PrasetyoBondan1/laporan-tahap-1-29421783
Nurrachmawati, 2014, Jurnal Pengaruh Sistem Operasi Mobile Android Pada Anak Usia Dini, https://www.scribd.com/doc/229536069/Jurnal-Pengaruh-Sistem-Operasi-Mobile-Android-Pada-Anak-Usia-Dini
Magwa.Simuforosa, The impact of modern technology on the educational attainment of adolescent, Vol. 1 No. 9 September 2013, http://www.ijern.com/journal/September-2013/23.pdf

8 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Sungguh, saya bersetuju dengan kenyataan saudari bahawa gajet sememangnya memudahkan kerja seharian kita. sebagai seorang pelajar saya mengakui gajet, terutamanya telefon pintar membantu saya berhubung dengan lancar serta menguruskan kerja saya dengan baik. saya ambil contoh situasi di dalam kelas kita sendiri, kita sedia maklum bahawa setiap subjek pada semester kali ini yang memerlukan kerja berkumpulan semakin bertambah, contohnya seperti new technology, organisational communication dan social dovelopment. Jadi untuk memudahkan masing-masing berhubung dan berbincang mengenai tugasan adalah lebih mudah dengan adanya aplikasi chat berkumpulan di dalam telefon pintar. banyak lagi kebaikan yang dapat kita peroleh daripada teknologi yang ada kini, tapi tidak perlulah saya huraikan kerana saya sedia maklum ramai yang sudah mengetahuinya.

    tidak dapat saya gambarkan bagaimana sekiranya suatu hari nanti tiada lagi kemudahan gajet seperti sekarang ini, semestinya saya antara individu yang akan dilanda kemurungan akibat ketiadaan kecanggihan teknologi ini.

    :)

    ReplyDelete
  2. Dengan gadjet juga boleh membinasakan negara!

    ReplyDelete
  3. Salam saudari Norhayati.

    Berdasarkan apa yang saudari katakan di sini, adalah susah untuk saya mencari salah silap di dalam entri ini kerana saya bersetuju akan kelebihan gajet yang saudari sebutkan di sini. Akan tetapi setiap kelebihan ada kekurangannya dan apa yang saudara Nashriq komenkan di atas sangat saya setuju. Teknologi dan gajet mampu menghuru-harakan sesebuah negara.

    Setiap pengguna gajet tahu akan kelebihan teknologi dan gajet. Saya mengharapkan akan ada satu peranggan, saudari menyentuh dengan lebih mendalam mengenai penggunaan teknologi dan gajet secara berhemah walaupun saudari ada menyampaikan nasihat pada peranggan terakhir itu.

    Bagi saya, adalah lebih molek jika saudari mengulas kepentingan gajet dan penggunaan gajet dengan berhemah dan bermoral secara sama rata dan bukannya lebih kepada kepentingan gajet dan hanya pandangan sipi untuk penggunaan gajet secara berhemah.

    Sekian.

    ReplyDelete
  4. Salam saudari Norhayati

    Saya bersetuju dengan idea yang dilontarkan oleh saudari. Tanpa dapat disangkal lagi, bahawa gajet memberi impak besar dalam kehidupan kita hari ini. Dengan kewujudan gajet hari ini, segalanya menjadi mudah. Sebagai contoh yang cukup mudah, dengan kecanggihan gajet seperti 'smartphone', saya dapat menulis kritikan di ruangan komen ini dengan mudah.

    Selain itu, contoh lain yang cukup mudah, dengan adanya gajet, saya dapat merujuk nota yang disediakan oleh pensyarah dengan mudah. Hal ini, sedikit sebanyak membantu saya memahami subjek yang diajar.

    Tuntasnya di sini, kecanggihan teknologi masa kini banyak memberikan impak positif dalam kehidupan seharian kita.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. kepada saudari Hayati

    Benar apa yang ditulis oleh Yati kerana sekarang gajet sudah menjadi keperluan bagi mahasiswa dan pekerja untuk menjalankan tugas yang semakin banyak tetapi kekurangan ruang dan waktu. Oleh itu, gajet amat diperlukan kerana ia mampu memberi kemudahan terhadap kerja yang dilakukan dengan lebih berkesan dan efektif...

    ReplyDelete
  7. Saya bersetuju dengan pendapat penulis akan kepentingan teknologi gajet kepada mahasiswa pada masa kini kerana kita hidup ddi arus kemodenan. Namun kehidupan, kita akan lebih sihat tanpa gajet kerana gajet bukan sahaja membinasakan negara malah pada diri sendiri. Sebagai contoh.gajet mp3 mampu merosakkan deria telinga kita jika kerap mengunakan earphone untuk mendengar lagu 😄😄😄😄

    ReplyDelete
  8. Lihat sahaja pada masa kini pelbagai gadjet telah diciptakan. Pada masa itu juga manusia semakin bertamadun. Semasa pembentukan tamadun itu, keburukan juga telah wujud..Oleh yang demikian, kepentingan teknologi yang berevolusi ini telah menjadikan manusia ini seimbang..

    Manusia seharusnya berterima kasih kepada pencipta teknologi dan sains!

    ReplyDelete