Thursday, 5 March 2015

Penjajahan Teknologi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penjajahan teknologi. Itulah yang berlaku pada umat manusia pada masa ini. Penjajahan ini berlaku dek kerana perubahan zaman. Perubahan idea oleh para pemikir yang kreatif dan mereka yang berkata "tidak mungkin akan berlaku". Jika kita imbas kembali lebih kurang 50 tahun sebelum tahun 2000 atau zaman millenium, para pemikir sudah meramalkan bahawa pada tahun 2000, akan berlaku satu revolusi dalam bidang teknologi yang mana ianya memudahkan manusia untuk bekerja. Sebagai contoh mereka meramalkan bahawa pada zaman millenium, akan adanya ketuhar yang akan membakar ayam tanpa api, bermaksud mengunakan teknologi nano untuk memasak ayam tersebut, dan lain-lain teknologi yang kreatif dan berguna untuk manusia sejagat. Jika pada waktu itu, ramai yang berkata 'tidak mungkin akan berlaku', maka saksikanlah bahawa semua yang diramal, ada yang sudah wujud dan terjual ratusan juta unit.

Penjajahan ini berlaku dan tidak boleh dihalang oleh mana-mana pihak. Teknologi memberi impak yang berkesan sama ada baik atau buruk dalam kehidupan seharian. Bayangkan, dahulu jika para cendiakawan bersusah payah untuk mentelaah buku yang tebal-tebal, akan tetapi dengan adanya teknologi, masyarakat boleh membawa ratusan buku dalam satu peranti yang ringannya tidak lebih dari 2 kilogram. Perkara ini boleh kita katakan sesuatu yang menakjubkan. Selain dari boleh membawa buku, kita juga boleh mencari perkataan atau bab yang kita minat dengan hanya menekan butang "Find" sahaja. Berbeza dengan para ilmuan dahulu, mereka perlu mencari perkataan demi perkataan, helaian demi helaian, dan buku demi buku. 

Teknologi sememangnya memberikan impak positif dalam alam realiti. Saya tertarik dengan sebuah animasi yang bertajuk 'Big Hero 6'. Di dalam animasi tersebut, menceritakan kisah 6 pemuda genius yang mencipta pelbagai teknologi terkini. Dan watak yang paling menonjol dalam animasi itu adalah sebuah robot yang bernama Baymax. Baymax merupakan sebuah robot yang dicipta untuk menjadi seakan-akan doktor. Cumanya dia lebih hebat dari doktor manusia. Kerana beliau boleh mengetahui perasaan, jenis darah, sakit, punca sakit, suhu badan dan sebagainya dalam sekelip mata. Sememangnya sebuah inovasi yang sangat berguna sekiranya dicipta di dunia realiti. 

Akan tetapi, saya melihat dari satu sudut lain, yakni dengan adanya ciptaan cyborg, maka kita seakan-akan kehilangan keupayaan manusia yakni di mana kita bergantung sepenuhnya dengan cyborg. Seperti Baymax, sekiranya robot itu wujud, jadi tiada di antara kita akan menjadi doktor. Yang ada hanyalah ahli farmasi yang sedia menerima transkrit dari robot tentang sakit apa kita hadapi, dan memberi ubat-ubatan yang sesuai, dan ini semua dapat dilakukan dalam masa yang singkat.

Kemunculan 'The Silicon Boys' dalam era teknologi telah merangsang ramai lagi pemuda untuk terus melakukan inovasi yang mampu untuk membuat perkara-perkara yang sukar untuk manusia lakukan. Kemunculan teknologi yang berkembang pesat itu sehinggakan semua perkara jika kita perhati secara 'meditasi', kita akan lihat bahawa perubahan masyarakat kini terutama golongan belia, berpunca daripada perkembangan teknologi. Penciptaan komputer dan internet merupakan salah satu penyumbang terbesar. Teknologi ini membolehkan semua perkara boleh dilakukkan dengan hujung jari (menekan tetikus dan papan kunci komputer). Perkara ini selanjutnya melahirkan belia yang digelar slackerdom, yang pemalas, hanya duduk dihadapan komputer, suka berpesta dan hanya tahu cinta monyet. Ini tidak dikira lagi golongan belia yang digelar sebagai 'Cyber-Punk', golongan yang sering memberontak dalam alam cyber.

Kita perlu bersedia dengan gelombang belia yang akan digelar dengan 'screenagers', yang mana belia-belia atau golongan muda ini asyik dengan menatap skrin komputer atau telefon pintar mereka. Kerana sudah nampak perubahan remaja yang dikenali zaman yang penuh dengan penerokaan alam realiti kepada remaja yang masanya dihabiskan untuk meneroka alam 'cyberia'.


---------------------------------------------------------------------------------------------------

Oleh : Muhamad Sulaiman bin Misri (37229)

Ulasan ini adalah berdasarkan tajuk tugasan yang diberikan : How Technology Give Impact To Our Life.

Ini adalah pendapat peribadi penulis. Tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana pihak.





15 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t....
    saya tertarik dengan tajuk anda iaitu Penjajahan Teknologi..
    bagi saya penjajahan teknologi itu boleh memberi impak negatik terhadap seseorang individu itu macam boleh berlakunya fitnah, layari pornografi dan sebagainya. Perspektif islam juga amat menitikberatkan nilai2 seperti moral, etika, kerohanian, budaya dan kejujuran dalam penggunaan teknologi khususnya dalam dunia siber....

    apa yang saya boleh katakan disini ,maksud penjajahan itu boleh kita kategorikan sebagai peperangan teknologi yang boleh beri kesan kepada manusia...

    wallahualam...

    ReplyDelete
  2. salam teknologi.

    Penggunaan ayat 'penjajahan' sudah menampakkan 'kejahatan' teknologi itu sendiri tetapi jangan salah sangka akan kejahatan yang dimaksudkan oleh saya itu. Kejahatan itu datangnya dari manusia yang berani mencipta teknologi dan kita sebagai manusia itu, harus menerima akibat daripada terciptanya teknologi itu.

    Walau bagaimanapun, saya bukanlah aktivis yang menentang teknologi ini kerana jika saya adalah anti-teknologi, saya pasti tidak memberi komen di ruangan ini. Bahkan, saya juga menyokong adanya teknologi di dalam kehidupan manusia.

    Namun, janganlah kita membiarkan teknologi mengawal kita tetapi biarlah kita yang mengawal teknologi itu.


    Majikan mengambil pekerja, adakah majikan yang mengawal atau dikawal oleh pekerja tersebut?

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Terlebih dahulu syabas saya ucapkan kepada saudara Sulaiman kerana cakna dengan keadaan dunia sekarang. Saya yakin saudara bakal menjadi sosialis yang berjaya kelak. InshaAllah.

    Walaubagaimanapun. isu yang saudara ketengahkan ini sejak azali lagi kita boleh lihat bagaimana pemikiran kita sendiri sudah mula dijajah oleh orang barat. Jadi tidak mustahil penjajahan teknologi ini semakin kencang meresap ke dalam diri masyarakat kita sekarang terutama belia. Cumanya sejauh mana impak penjajahan ini mendatangkan kebaikan mahupun keburukan kepada kita.

    Berbalik kepada ulasan saudara, saya yakin saudara bukanlah membangkang sepenuhnya tentang era teknologi.. Saudara sebagai belia sendiri faham dengan kepentingan teknologi ini. Bahkan saya sendiri jika mahu mencari resepi masakan baru, perkhidmatan google sangat membantu.Hehe.

    Apa yang pasti, penjajahan ini sudah lama menular melalui orang barat. Jika kita kenang kembali sejak zaman era perang salib lagi umat Islam menjadi tumpuan orang barat untuk menjajah pemikiran kita, Jadi pada era sekarang teknologi ini hanyalah penjajahan picisan dan di situlah keluarnya ideologi hedonisme, eksremisme dan sebagainya.

    Pendapat saya, sebagai masyarakat yang cakna dengan isu sebegini janganlah kita hanya menganalisis isu sosial sahaja. Mungkin kita boleh ambil jalan penyelesaian kerana kita yang mengawal teknologi bukan teknologi yang mengawal kita. Sebagai Muslim juga balik kepada kerohanian diri sendiri. Muhasabah kembali sejauh mana rohani dalaman tak diisi dengan kebenaran Islam sendiri.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Terima kasih atas perkongsian.

      Sebenarnya saya ingin bersuara dari 3 sudut, sosial, ekonomi, dan politik. Bagaimana ketiga-tiga ini merubah kehidupan seharian kita. Tapi apakah daya, jika saya mengeluarkan hujah tentang ketiga-tiga sudut ini, saya yakin pembaca akan bosan dan 'lost'. Saya faham, kerana saya juga pembaca, seperti kalian.

      Jadi saya putuskan untuk mengambil sosial sebagai sudut utama kerana teknologi, dibentuk oleh masyarakat. Dan saya membicarakan tentang keburukan teknologi itu sendiri. Sedang sudut positif, sudah ramai membicarakannya.

      Penularan teknologi bukanlah datang dari orang barat secara mutlak, tetapi bermula dari bangsa arab, yang dapat dari nabi-nabi sebelum nabi muhamad ﷺ. Saya ambil contoh teknologi menulis yang Nabi Sulaiman a.s hantar kepada Ratu balqis. Baginda memperkenalkan teknologi menghantar maklumat melalui kertas. (Baca : Al Quran al Qarim, Surah An-Naml : 27). Teknologi baju pula boleh disandarkan kepada kisah nabi Adam A.s


      Saya setuju dengan pendapat saudari berkenaan muhasabah diri dengan kerohanian merupakan jalan penyelesaian. Kekerapan kita menggunakan teknologi merupakan satu sifat nafsu yang perlu diperangi.

      Delete
  4. Saya nak tanya kepada sulaiman dan alip,

    cuba kita lihat dari perspektif yang positif dalam isu ini?

    Kerana saya amat sokong ulasan yang diberikan oleh saudari khairul wafa.

    Cuba kita imbas kembali pada zaman sebelum lahirnya teknologi? Manusia begitu jahil. Tetapi ada nya teknologi sehingga sekarang ini ,pelbagai teknologi telah diciptakan untuk mentamadunkan manusia pada masa kini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada saudara Nashriq, di sini ingin saya jelaskan bahawa saya bukanlah anti-teknologi akan tetapi saya ingin kita sebagai manusia tidak menjadi hamba kepada teknologi ini.

      Ini kerana, terciptanya teknologi kerana manusia itu sendiri. Sekiranya kita pandai mengawal teknologi dan tidak menjadi hamba kepada teknologi, maka tidak akan ada fenomena manusia hamba teknologi.


      Delete
    2. Terima kasih daun keladi saudara Nasriq.

      MasyaAllah tabarakallah.

      Isu positif dalam hal teknologi, memang tak dapat disangkal. saya juga merakam kelas-kelas pengajian menggunakan teknologi. Dan memang, Teknologi mentamadunkan manusia. Akan tetapi, adakah kita melihat bahawa semakin maju sesetengah teknologi, maka semakin sesetengah masyarakat semakin tidak bertamadun.

      Internet, merupakan gelombang teknologi ke-empat yang mencetuskan fenomena yang luar biasa. tidak dapat disangkal, memang berguna seperti saudari wafaa, menggunakan internet untuk belajar memasak.

      Internet membuatkan golongan ditindas menjadi golongan dominan. boleh membuatkan budaya patriaki lupus sepenuhnya. Dan internet juga melahirkan golongan libidonomic! Perkara seperti ini tidak boleh dipandan enteng,

      Jika saudara mengatakan sebelum teknologi lahir, manusia jahil, maka maksud tuan bersandar kepada "sebelum teknologi lahir, maka tiada manusia yang turun ke muka bumi pada waktu itu". Kerana teknologi lahir sejurus Nabi Adam A.s diturunkan ke bumi.

      Delete
  5. Alhamdulillah. Tak sia-sia tugasan ini diberikan kepada ahli kumpulan kita sebab semakin rancak nampaknya isu teknologi ini di bincangkan.
    Pelbagai pendapat telah dilontarkan oleh rakan-rakan seperjuangan dan saya bersetuju dengan sebahagian pendapat di atas iaitu kita yang megawal teknologi,bukan teknologi yabg mengawal kita.
    Sevagai manusia,kita sedia maklum telah dianugerhkan akal dan fikiran yg baik dan waras untuk membuat keputusan samada memilih yg baik ataupun tidak. Di dalam hal ini, sekiranya kita mengambil kira faktor teknologi itu sebagai satu alat yg mudah digapai oleh setiap lapisan masyarakat, sudah pastinya kita mahukan hanya perkara-perkara yg baik dan berguna shja disampaikan kepada org ramai. Tidak ada gunanya jika kita menggunakan teknologi ini untuk tujuan yg tidak berfaedah seperti penyebaran maklumat-maklumat palsu dan tidak kurang juga penyebaran pornolisasi dlam segelintir masyarakat. Perkara seperti ini hahya akan mendatangkan mudarat kepada kita.
    Maka, haruslah kita sebagai manusia yg mempunyai akal fikiran yg waras lagi cerdik menggunakan teknologi kini dengan sebaiknya. Jgn kita dijajah oleh teknologi.
    Wassalamu.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam, terima kasih kepada semua sahabat sahabiah,

    Kita sering dilunakkan dengan kebaikan teknologi, sehinggakan masyarakat tenggelam dengan perkara tersebut, hingga merasakan bahawa teknologi yang wujud adalah perkara yang wajib kita gunakan.

    Positif tentang teknologi sememangnya tidak dapat dinafikan, saya sebagai pengguna tegar perisian komputer sememangnya akui bahawa teknologi memudahkan kerja saya. Akan tetapi, teknologi komputer yang saya gunakan, memberi kesan yang bahaya, terutama perihal kesihatan. Dan ini adalah satu sisi yang ramai tidak ambil tahu. Sisi negatif.

    Persidangan ASEAN pada tahun 2009 menunjukkan bahawa peratusan penggunaan komputer dan internet dalam kalangan remaja di negara China meningkat tinggi, dan seramai 2.7 juta remaja di Thailand yang dikategorikan sebagai 'Ketagih Komputer', Malaysia?

    Saya ambil Sarawak, pola statistik menunjukkan remaja di Sarawak banyak menghabiskan masa dengan bersosial di alam maya dan bukannya bersama teman-teman realiti meningkat dari tahun ke tahun. Ini menujukkan bahawa alam cyberia lebih seronok dari alam realiti. Adakah ini kita boleh katakan positif?


    Saudara Aliff, pernahkan anda mendengar kata-kata seperti "Hamba duit", "Hamba Seks" dan sebagainya? Adakah kita akan berkata "Tidak akan menjadi hamba kepada duit dan seks kerana kita yang mengawal mereka". Pastinya anda akan menjawab anda bukan hamba kepada duit dan seks. Sedangkan kita semua, secara tidak sedar atau tidak, sedikit demi sedikit menjadi hamba kepada duit. Hanya insan-insan terpilih dari kalangan hambaNya sahaja tidak terkesan dengan duit.

    Tapi bagaimana wujudnya perkataan hamba seks dan hamba duit ini? adakah tiba-tiba muncul? Tidak. Ianya muncul atas faktor saintis sosial melakukan penyelidikan, ahli dalam bidang ini melakukan pengamatan sosial (ethnography social). Maka diwujudkan perkataan kepada hamba teknologi ini merujuk kepada mereka yang ibaratnya seperti 'kecanduan teknologi'.

    Orang yang mencipta Teknologi, itulah dia yang mengawal teknologi tersebut. Sedang orang yang menggunakannya adalah ibarat dikawal oleh teknologi. Saya bawakan satu situasi fenomena hamba teknologi itu telah pun berlaku. Alat hitung, atau dikenali sebagai Kalkulator. Kita sering melihat orang mengira jumlah menggunakan kalkulator, mengapa tidak mengunakan kiraan tersebut menggunakan daya fikiran kita? Orang yang menciptakan kalkulator juga menggunakannya dek kerana kepantasan teknologi kalkulator untuk mengira berbanding menggunakan ‘sempoa’.


    Perkataan hamba itu sendiri merujuk kepada seseorang yang tidak berdaya untuk melawan dan mengikut tuannya dengan apa sekali keadaan, tunduk dengan arahan serta kelemahan dirinya secara rela mahupun tidak. Itulah digelar sebagai hamba. Cumanya, hamba disini bukanlah bersifat mutlak seperti kita sebagai hamba Rabbul Karim ﷻ.

    Adakah kita sudah diketegorikan sebagai hamba teknologi? Adakah kita telah dijajah secara total oleh teknologi? anda tentukan.

    Teknologi, sudah ada dari zaman nabi Adam a.s, dan apa yang kita lalui sekarang merupakan gelombang ke-empat, dan kita diramalkan akan memasuki gelombang ke-lima yakni belum dipastikan lagi teknologi gelombang ke-lima, adakah memberi kesan yang baik mahupun lebih cenderung kepada kesan buruk.

    Kita, manusia, berhajat kepada sesuatu, sama ada banyak ataupun sedikit. Ketagih atau tidak. Rajin atau malas. Sedang Allah ﷻ, tidak berhajat kepada sesuatu pun.

    Rujukan Statistik : Kajian Impak Dunia Siber Kepada Remaja Di Sarawak oleh Majlis Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi, 2004

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas pandangan kalian semua

    Disini saya masih dengan pendirian saya iaitu teknologi memberi banyak impak positif kepada manusia..

    saya tidak nafikan bahawa pada masa sekarang teknologi memberi kesan negatif. Tetapi kita perlu lihat siapa yang penyebabnya dan mengapa berbuat demikian?

    Tidak semua teknologi memberi impak negatif. Kalau semua impak negatifnya,apa sebab diwujudkan teknologi pada masa kini.



    Sekian

    ReplyDelete
  8. Mungkin terdapat kesilapan di mana saya terlupa untuk mengkhususkan teknologi yang dimaksudkan oleh saya. Jika ingin diperincikan lagi teknologi, zip seluar juga merupakan teknologi dan boleh dikatakan saya merupakan hamba kepada zip kerana setiap masa saya menzipkan seluar dan jika tidak dizip seluar, maka nampaklah apa yang tidak sepatutnya dinampakkan.

    Hamba teknologi yang saya maksudkan di sini adalah manusia yang terlalu 'melayan' teknologi seperti gajet-gajet pintar sehingga ketagih dan melupakan perkara yang berada di sekelilingnya. Tidak dinafikan teknologi seperti telefon pintar memberi impak positif tetapi ada sesetengah dari kita telah menconteng arang kepada imej positif itu.

    Impak negatif atau positif itu wujud sebab kita sebagai pengguna teknologi itu. Teknologi itu tidak bersalah.

    ReplyDelete
  9. First of all, I had so much fun and really please by reading all the opinions pointed by all of you. However, I am immersed with what had been said by Saudari Khairul Wafaa. Well said saudari, and your have my endlessly support for your suggestion.

    Before I proceed, the is a small conversation which I guess would be great if I could share with the rest of you.

    A grandfather once told his grandchild,
    "There is a battle between two wolves inside us all. One is evil. It is anger, jealousy, greed, resentment, inferiority, lies and ego.
    The other is good. It is joy, peace, love, hope, kindness, empathy and truth".

    The young boy though about it and asked, "Grandfather, which wolf wins?"

    And the reply was simply, "The one you feed".

    Well, based on this conversation, what can I relate to our topic here is, everything that happens are based on our choice. We decided of who we wanted to be, and define our very own future.

    Same goes here, technology does not bring any benefit nor harm to the users. But the matter of fact, we are the one who contribute all the effects to ourselves. As simple as that, and there is no point of blaming the technology, as at the end of the day, what matter most, is how we used it and for what purposes.



    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbt...

    Salam sahabat semua,ketahuilah bahawa sesungguhnya teknologi membawa satu globalisasi dan liberalisasi terhadap pembangunan negara kita. Hal ini ingin saya nyatakan bahawa saya tidak bersetuju teknologi itu merupakan satu bentuk penjajahan.

    Globalisasi bermaksud langit terbuka atau liberalisasi. Akibatnya berlaku aliran barangan, perkhidmatan, idea serta maklumat secara bebas tanpa disekat. Makanya, teknologi ini lebih memberi kebaikan berbanding keburukan.

    Selain itu,dengan adanya teknologi ini mampu mewujudkan kerjasama dan persefahaman sejagat. Seluruh dunia boleh berhubung dan berinteraksi. Kita boleh bertukar pengetahuan, pengalaman, budaya dan sebagainya.Justeru,kehadiran teknologi dalam sesuatu perkara dapat mengubah masyarakat supaya ia dapat menjadikan masyarakat lebih bermaklumat.

    Oleh itu,Kita sebagai manusia perlu ingat sesuatu perkara,bukan kita dikawal teknologi tetapi kita yang perlu memegang peranan yang lebih penting dalam mengawal teknologi tersebut daripada membawa kemudaratan

    ReplyDelete
  11. assalammualaikum teman sekalian...

    Frasa 'penjajahan teknologi' ini telah mengingatkan saya akan perkataan 'penjajahan ' itu sendiri. Seperti mana kita sedia maklum, apabila sesebuah negara dijajah ia akan memberi kesan kepada seluruh institusi negara tersebut sama ada dari segi politik, sosial, infrastruktur, budaya, pemikiran mahupun nasionalisme dan dari segi positif atau negatif.

    Berdasarkan komen-komen di atas saya pasti anda semua memahami budaya pada masa kini yang banyak berubah seiring dengan kemajuan teknologi. Pandangan kalian saya terima kerana tiada salah dan benar apabila dilihat dari sudut sosiologi.

    Penjajahan teknologi menyebabkan tingkah laku manusia berubah sedikit demi sedikit dalam masa yang semua telah mewujudkan satu budaya baharu berbanding lima ke 10 tahun lepas. Cara pergaulan, percakapan, topik perbincangan, pembelajaran telah banyak dipengaruhi oleh gajet-gajet dan dipenuhi aplikasi yang memberi kemudahan kepada kita.

    Benar, teknologi mampu meningkatkan taraf hidup kita tetapi ia juga boleh menurunkan taraf kemanusiaan kita semua jika kita tidak bijak mengawal penggunaannya.

    Zaman semakin maju, masa semakin cepat, perkara yang perlu diruskan juga semakin banyak. Dengan adanya teknologi diharapkan dapat membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih cekap.

    Tetapi adakah dunia semakin baik dengan adanya teknologi secara holistik?

    Semoga kita mendapat manfaat dan tidak dijajah oleh teknologi yang mampu menghilangkan diri kita. Sebaliknya, mencari diri kita dalam teknologi itu sendiri.

    ReplyDelete
  12. Saya bersetuju dengan kenyataan penulis "Teknologi sememangnya memberikan impak positif dalam alam realiti." Kerana sememangnya teknologi banyak membantu dalam kehidupan, harian.

    ReplyDelete