Saturday, 4 April 2015

Portal Berita Online, Pilihan Kita?

Assalamualaikum wbt.

Sebagai pengguna tegar dalam dunia internet, mustahil jika kalian tidak pernah membacaapa jua jenis berita dalam talian. Okay, sebagai contoh BHonline, utusanonline, malaysiakini dan banyak lagi kemunculan berita online dalam bentuk blog mahupun news site.

Kehadiran internet ini membawa pelbagai perubahan kepada dunia kewartawanan dengan kemunculan kaedah baru dalam pengumpulan maklumat dan penyebaran kepada masyarakat umum. Bahkan juga, munculnya media sosial baru yang membezakan wartawan tradisional dan wartawan profesional yang digelar sebagai wartawan warga. Namun dakwaan yang menyatakan bahawa blogging merupakan batu asas kepada kemunculan wartawan warga adalah sesuatu yang sukar untuk dinafikan (Chamil Wariya, 2012). Saya teringat petikan daripada buku tulisan Chamil Wariya iaitu Kewartawanan dan Media Era Digital, beliau berpendapat bahawa dunia kewartawanan serta industri berita menghadapi pelbagai cabaran yang serius dengan wujudnya media-media sosial seperti wikis dan blog.

Ingin saya perihalkan bahawa kemunculan media baru memberi kesan dalam industri berita. Hal ini kerana, kesahihan penyebaran maklumat tersebut tidak dapat dikenal pasti sejauh mana kebenarannya. Di sini bukanlah saya ingin katakan bahawa berita di surat khabar lebih tepat dan benar akan tetapi dengan adanya media baru seperti blog akan munculnya wartawan warga yang lebih bersikap kepada mengeluarkan pendapat dan idea tentang isu-isu yang diketengahkan. Ini menjadi sempadan yang kurang jelas dalam kalangan wartawan profesional. Bilamana hal ini berlaku, segelintir wartawan bersikap sedikit nakal dalam mengeluarkan pendapat mereka dan pembaca seakan-akan mudah untuk percaya dan menilai berita tersebut. Keadaan sedemikian mungkin akan menimbulkan fitnah serta perasaan prasangka akan berlaku. Sebagai contoh kes, pengendali Papagomo yang menyiarkan artikel dan video seks Anuar Ibrahim.




Walaubagaimanapun, portal berita online menghasilkan maklumat yang ringkas dan mudah difahami. Rata-rata pembaca masa ini jenis yang suka akan perkara yang serba instant untuk menerima maklumat yang mereka cari. Melalui teknologi yang semakin canggih portal berita online ini memberi kemudahan kepada pembaca melalui aplikasi mudah alih di telefon bimbit mereka. Pembaca hanya perlu akses dan pilih tajuk berita apa yang menarik.

Dengan adanya teknologi yang semakin canggih maka termaktub jugalah kewujudan portal berita online yang semakin ligat di alam maya. Sebagai contoh, malaysiakini, malaysia insider dan sebagainya. Masyarakat masa ini sudah bijak menilai input berita mana yang berkesan dan dipercayai. Hal ini kerana, rata-rata wartawan warga yang terlibat di portal berita online ini merupakan wartawan yang dahulunya pernah bekerjasama dengan portal berita online berhaluan kanan. Contohnya, malaysiakini mendapat hit tertinggi di alam maya kerana berita yang disampaikan bebas dan lebih kepada menyuarakan hak rakyat. Saya berpendapat nilai berita di malaysiakini lebih menarik dan seronok untuk dibaca. Biarpun kita ketahui adakala wartawan daripada malaysiakini sedikit pedas semasa menyampaikan berita akan tetapi ia tetap menjadi pilihan pembaca berita online.

Apa yang boleh saya simpulkan di sini, portal berita online sama ada bersifat haluan kanan mahupun kiri memberi kesan berbeza kepada pembaca. Kita semua sedia maklum kesahihan berita ini hanya diketahui oleh wartawan itu sendiri. Jadi bilamana, munculnya wartawan warga maka pembaca sendiri yang akan menilai sejauh mana nilai berita tersebut mampu dipegang dan dipercayai.

6 comments:

  1. salam.

    bagi saya, masyarakat kita sudah biasa membaca akhbar dan seterusnya mempercayainya. jadi, apabila wujudnya media baru khususnya portal berita online, sifat terus mempercayai masih menebal dalam diri. proses ini memerlukan masa yang lama untuk diubah dan kita tidak seharusnya terus mempercayai berita yang ada di laman sosial terutamanya berita daripada blog yang kita sendiri tidak tahu dari mana sumber beritanya.

    ReplyDelete
  2. Pan & Kosicky (1993), meyifatkan bahawa 'framing' merupakan salah satu cara bagi pihak kerajaan untuk menyampaikan ideologi perjuangan mereka. Oleh itu, 'framing' sekali menggunakan akhbar sebagai cabang utama. Apa yang cuba saya sampaikan di sini, kandungan akhabr itu bergantung kepada ketulusan dan keterbukaan mereka dalam menyampaikan sesuatu isu dan maklumat kepada pengguna sama ada mereka disifatkan sebagai akhbar berhaluan kiri atau kanan.

    Pan, Z. & Kosicky, G. M. (1993). Framing analysis: An approach to news discourse. Political Communication, 10(1), 55-75

    ReplyDelete
  3. Saya bersetuju dengan contoh malaysiakini mendapat hit tertinggi di alam maya kerana berita yang disampaikan bebas dan lebih kepada menyuarakan hak rakyat. Saya berpendapat nilai berita di malaysiakini lebih menarik dan seronok untuk dibaca. Biarpun kita ketahui adakala wartawan daripada malaysiakini sedikit pedas semasa menyampaikan berita akan tetapi ia tetap menjadi pilihan pembaca berita online. Kerana negara malaysia merupakan negara ddemokrtik. Hal ini kerana, kebebasan portal berita yang tidak bias dalam menyampaikan berita akan menjadi tarikan orang ramai kerana ketulusan berita tersebut.

    ReplyDelete
  4. Akhbar bukanlah pilihan saya dari dulu meski ia beralih kepada berita portal online. tetapi saya bersetuju ia adalah portal berita yang menyeronokkan sama ada ia arus perdana atau bersifat alternatif bagi peminat pembaca akhbar

    ReplyDelete
  5. Ya, saya sangat setuju dengan anda bahawa portal berita online sama ada bersifat haluan kanan mahupun kiri memberi kesan berbeza kepada pembaca. Hal ini kerana dengan adanya kewujudan berita online seperti The Malaysian Insider dan Malaysia Kini, mampu menzahirkan pandangan yang dilontarkan oleh rakyat itu sendiri secara jujur. Seperti yang kita sedia maklum bahawa berita cetakan seperti Utusan Malaysia adalah kawalan daripada pihak kerajaan. Hal ini bermaksud kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam negara yang demokrasi, namun tidak berhak untuk bersuara dalam melontarkan idea dan pendapat kita terhadap pentadbiran kerajaan.

    ReplyDelete
  6. Portal berita online lebih bebas dari aspek penulisannya. Walaupun media cetak mahupun berita di televisyen wujud, mereka kelihatan lebih bersifat bias berbanding portal buletin online.

    lagi satu, portal berita online ini lebih cepat berita yang dikeluarkan . masyarakat tidak perlu menunggu lama untuk menonton berita di televisyen.

    ReplyDelete