Saturday, 4 April 2015

‘CITIZEN JOURNALISM’ VS ‘TRADITIONAL JOURNALISM’


OLEH: MOHD NASHRIQ BIN NIZAM 37120

Sehingga hari ini, bidang kewartawanan telah berkembang dengan pesat. Semasa era Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, media kini telah masuk dalam era globalisasi yang perlu berhadapan dengan banyak cabaran. Perkembangan media  yang berlaku hari ini membuatkan kerajaan lebih bersifat terbuka dalam mengawal akhbar (Chamil, 2012). Hal ini demikian kerana kerajaan sedar dengan peranan media yang bebas, adil dan bertanggungjawab terhadap pembangunan dalam negara ini.  Dalam erti kata yang lain, kewartawanan arus perdana tradisional merujuk kepada gaya kewartawanan yang telah wujud sejak era 1990-an lagi sebelum lahirnya media baru atau media interaktif seperti  blog, Youtube, Facebook, Twitter, video dan perkongsian foto laman web seperti Flickr, Instagram, dan lain-lain. Menurut Dato’ Seri Mohd Najib dalam satu ucapannya pada Malam Wartawan Malaysia (2012), kerajaan menghormati kedudukan media sebagai sebuah entiti yang bebas dalam melaksanakan peranan imbang periksa terhadap pentadbiran pemerintahan negara.Beliau juga telah mengumumkan transformasi politik sebagai satu inisiatif dalam membantu kewartawanan dengan melakukan pemansuhan pembaharuan tahunan lesen penerbitan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.


Maklumat yang dikumpul, dianalisis, disahkan, disusun dan akhirnya disampaikan kepada penonton merupakan aspek atau tugasan utama dalam bidang media ini. Untuk  memastikan aspek ini ada, setiap wartawan haruslah mempunya nilai-nilai seperti berintegriti, hormat-menghormati, ketepatan dan keadilan.  Perkembangan dan perubahan dalam industri kewartawanan pada masa kini mempunyai pertalian yang rapat dengan perkembangan teknologi. Oleh itu, lahirlah wartawan yang digelar ‘citizen journalism’ sehingga telah menggugat kedudukan ‘traditional journalism’.


Menurut (Jeniri Amir, 2007), semasa di bawah pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, industri surat khabar dan dunia kewartawanan di Malaysia telah melalui proses pertumbuhan ke arah kematangan yang lebih pesat, termasuklah dari segi penggunaan teknologi dalam sirkulasi dan pendapatan dalam periklanan. ‘Traditional journalism’ boleh saya katakan berkait rapat dengan  status, peranan dan tanggungjawab. Tetapi bukan media yang digunakan. Manakala, (Papacharissi, 2009) berpendapat bahawa ‘citizen journalism’  sangat jauh peranan dan tanggungjawab  berbanding ‘traditional journalism’ , di mana kemunculan dan perkembangan teknologi  atau media interaktif telah melahirkan golongan ‘citizen journalism’ ini seperti contoh ‘bloggers’ dan ‘online journalist’. Di Malaysia, The Malaysian Insiders dan Blog Ameno World merupakan contoh medium yang digunakan oleh ‘citizen journalism’.


Apa yang saya boleh katakan adalah, ‘citizen journalism’  ini melibatkan komunikasi dua hala kerana tidak memerlukan wartawan terlatih atau ‘official journalist’  yang tidak terikat dengan etika kewartawanan.  Oleh itu, ‘citizen journalist’  hanya melibatkan sebahagian kecil penonton berbeza dengan ‘traditional journalist’ yang mempunyai penonton dalam skala yang besar.  Ciri utama berita yang disampaikan  adalah objektif dan pendapat mereka. Tetapi, kebanyakkan mereka menyediakan berita yang seimbang seperti yang dilakukan oleh ‘traditional journalist’. Ini sedikit sebanyak memberi pandangan yang berbeza kepada penonton dan pembaca walaupun kandungan berita yang diperolehi merupakan berita yang baharu dan berbeza konteks dalam rakngkaian.


Kemunculan internet serta peranti teknologi mudah alih seperti komputer dan telefon pintar membawa kepada perkembangan ‘citizen journalism’  telah memberi kesan buruk kepada ‘traditional journalism’. Satu laporan oleh akhbar Guardian dimaklumkan bahawa di Amerika Syarikat, 166 akhbar telah ditutup sejak 2008. Ini telah membuktikan bahawa peranan  ‘traditional journalism’  dalam kanca mata masyarakat telah terkubur dimana ‘citizen journalism’ dan blog-blog telah mengambil alih peranannya sebagai penyampai maklumat yang tepat dan telus.


Untuk tidak memastikan ‘Traditional journalism’  mati atau terkubur begitu sahaja, mereka haruslah melakukan transformasi dalam konteks peranan mereka daripada menjadi sumber tunggal dalam menyampaikan berita kepada kerajaan.  Menurut (Crowe, 2012), perkembangan media sosial dalam akhir-akhir ini telah menyebabkan rakyat berkuasa penuh dalam menyumbang serta memperbaiki proses berita setanding dengan ‘traditional journalism’  . Seperti contoh, ketika berlakunya perhimpunan Bersih 2.0, arus media utama tidak menyiarkan laporan yang sahih. Sebaliknya, ‘citizen journalism’ telah menyediakan laporan yang lebih tepat, menarik dan tidak ditapis oleh media kerajaan.  Hakikatnya, sesetengah berita mereka telah diambil oleh media kerajaan  untuk mendapatkan sumber maklumat.  ‘Traditional journalism’  perlu menggunakan segala media yang ada untuk menyampaikan berita mereka.  Oleh yang demikian,populariti  ‘traditional journalism’  tidak akan setanding dengan ‘citizen journalism’ .


Dalam usaha untuk menambat hati penonton untuk kembali mempercayai ‘traditional journalism’  , mereka perlu mencari kebenaran dalam setiap berita-berita yang mereka ingin sampaikan kepada masyarakat. Seperti contoh, kebanyakkan ‘traditional journalism’  kini telah memberi liputan berita dengan menggunakan Twitter  sebagai medium mereka untuk menyalurkan maklumat dan menambat hati pembaca serta penonton.   Mereka juga haruslah menjadikan ‘citizen journalism’ sebagai mentor untuk mendapatkan berita yang sahih.


Oleh itu, ia membuktikan bahawa ‘traditional journalism’  dalam arus perdana hampir terkubur dalam masyarakat yang membesar dengan teknologi-teknologi yang canggih ini dan kebangkitan ‘citizen journalism’ sememangnya mengubah peranan ‘traditional journalims’ secara totalnya.


Rujukan

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Chamil Wariya. (2012). Kewartawanan dan media era digital. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Crowe, A. (2012) . Disasters 2.0: The Application of Social Media Systems for Modern Emergency Management. Florida: CRC.

Jeniri Amir. (2007). Akhbar politik, politik akhbar. Universiti Malaysia Sarawak.

Papacharissi, Z. (2009). Journalism and Citizenship: New Agendas in Communication. New York: Routledge.

Ucapan oleh Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana MenteriMalaysia, di Majlis Makan Malam Jabatan Peguam Negara (11 Julai 2012) 



5 comments:

  1. salam.

    Saya bersetuju dengan ulasan oleh saudara. Pada masa ini, traditional journalism sedang berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan masyarakat khususnya yang gemar mengetahui hal ehwal semasa. Untuk kita kekal di zaman tradisional adalah mustahil kerana semua maklumat mampu kita perolehi di hujung jari sahaja. Oleh itu, tindakan akhbar arus perdana yang masih menggunakan traditional journalism untuk menggunakan laman sosial seperti facebook dan twitter merupakan langkah yang tepat dalam menyampaikan maklumat segera kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  2. Benar bahawa 'citizen journalism' merupakan satu cabang yang mampu menghasilkan komunikasi dua hala. Pada pendapat saya, ia merupakan sesuatu yang cukup baik. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah, adakah wajar untuk kita mempercayai kandungan yang ditulis oleh mereka yang digelar sebagai 'wartawan yang tidak terlatih'? Contoh yang cukup mudah, semasa kita sakit, kita cuba untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakay yang terlatih. Kerana apa? Kerana kita ragu-ragu akan keboloehan doktor yang kurang berpengalaman. Sama kesnya di sini. Bolehkah kita mempercayai keseluruhan berita yang disampaikan oleh wartawan dari 'citizen journalism' ini?

    ReplyDelete
  3. Saya kurang setuju dengan contoh yang di gunakan oleh hanifi asyraf akan jornalism vs doctor kerana cabang itu berbeza secara praktikal nya. Semestinya nya doktor memerlukan kemahiran dalam bidang perubatan. Berbeza pula dengan penulisan yang hanya memerlukanmemerlukan skill penulisan yang boleh membantu menyebarkan berita.

    ReplyDelete
  4. Traditional journalism sedang melakukan usahanya untuk merebut kembali pembaca mereka dengan cara menyiarkan komen-komen pembaca tentang berita lepas. Jika ia berterusan saya percaya ia tidak akan terkubur. Sebaliknya saya teringin melihat fenomena kedua-dua aliran kewartawanan ini bersaing dengan sihat dan berkualiti

    ReplyDelete
  5. Saya berasa sangat sedih dan terkilan kerana menurut saudara bahawa ‘traditional journalism’ dalam arus perdana hampir terkubur dalam masyarakat yang membesar dengan teknologi-teknologi yang canggih ini dan kebangkitan ‘citizen journalism’ sememangnya mengubah peranan ‘traditional journalims’ secara totalnya. Saya sangat bersetuju dengan penyataan saudara tersebut dan terima hakikat bahawa masa depan wartawan professional seperti kita dari lulusan program Kajian Komunikasi adalah tercabar sejak kehadiran wartawan warga yang tidak professional. Hal ini kerana masyarakat global lebih berminat untuk membaca berita online yang secara rawak berbanding berita cetak.

    ReplyDelete