Sunday, 26 April 2015

MUTED GROUP VS SOCIETY


Website Tilted World.org merupakan antara website komuniti di Malaysia yang mewakili golongan-golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dalam memperjuangkan hak-hak, isu yang berkaitan dan meluahkan ekspresi mereka.  Website yang dikendalikan sendiri oleh beberapa individu yang membentuk komuniti kecil daripada golongan ini meletakkan matlamat untuk memeperjuangkan nasib mereka yang seringkali mendapat pandangan serong dari masyarakat.

Walaupun begitu, TiltedWorld.org tidak hanya menspesifikasikan penglibatan didalam website kepada golongan mereka sahaja, malah ia juga dibuka kepada orang ramai untuk turut sama memberikan pendapat dan membincangkan perihal-perihal yang berkaitan dengan isu LGBT. Mungkin di Malaysia, isu ini terlalu sensitif untuk dibincangkan dikhalayak umum, disebabkan itu penglibatan daripada masyarakat umum dilihat agak kurang berbanding golongan mereka sahaja. 
  
Wujudnya laman web komuniti untuk golongan LGBT ini mugkin sedkit sebanyak memberi peluang untuk mereka meluahkan apa yang terbuku didalam hati mereka sepanjang terjebak dengan aktiviti ini. Mereka mungkin merasakan masih ada lagi yang mempunyai perasaan untuk tidak berfikiran prejudis terhadap golongan mereka. Mungkin disini mereka boleh mencari ‘ketenangan’ apabila mampu berkongsi rasa dengan ahli yang bernasib yang sama.


Pada pendapat peribadi saya mengenai kewujudan laman web golongan ini, ia sedikit sebanyak telah meneyebabkan golongan ini bergiat dengan lebih aktif dan seolah-olah telah membuka satu komuniti baru dalam masyarakat Malaysia dan dilihat masih dalam kategori normal. Sungguh ia sememangnya bertentangan dengan ajaran islam, namun hal-hal seperti ini boleh dilihat dari perspektif yang berbeza seperti keinginan dan kehendak seksual terhadap jantina yang sama dan juga hak kesamarataan sebagai seorang individu.

Rujukan
Tilted World. (2008, June 22). Retrieved April 26, 2015, from TiltedWorld.org: http://tiltedworld.org

Ini adalah pendapat peribadi penulis berdasarkan tugasan:
1. choose any examples of blogs /sites that relates to women's group / movement, gay / lesbian group, religious group, ethnicity.
2. analyze the blog / sites by looking at, who these site primarily address, who is allowed to participate, how these sites deal with dissent and disagreement.

By: Faatimatuz-Zahra' Bt. Ishak (35993)

7 comments:

  1. salam dan selamat sejahtera

    pada pendapat saya, walaupun mereka memilih untuk menjadi 'lain', ini tidak bermakna kita harus mengetepikan mereka dalam kehidupan. wujudnya website ini mungkin kerana mereka merasakan diri mereka disisih oleh masyarakat dan mereka mendapat kekuatan apabila berkumpul sesama mereka. dengan adanya website yang mengumpulkan individu seperti mereka, boleh dikatakan telah memberi mereka satu semangat untuk terus hidup dalam dunia ini.

    ReplyDelete
  2. Kewujudan blog sebegini sebenarnya mencerminkan pemikiran masyarakat setempat. Bagi saya keadaan sebegini akan lahirnya masyarakat bersikap extremis.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa, blog yang baik adalah blog yang mempunyai arah tuju. Maksudnya di sini, penulis blog seharusnya faham akan perjuangan yang cuba disampaikan. Seperti blog ini, ia berfungsi sebagai memperjuangkan nasib golongan LGBT. Pada saya, dengan haluan yang dibawa, mampu menjadikan blog ini cukup menarik.

    ReplyDelete
  4. Saya bersetuju dengan pendapat hamizi asyraf dimana kenyataan beliau 'blog yang baik adalah blog yang mempunyai arah tuju". Ini kerana kewujudan blog seperti ini tidak bersesuaian dengan negara Malaysia. Namun ianya boleh dijadikan sebagai bahan rujukan buat anti-LGBT untuk mencari kelemahan kumpulan begini dan menjadi rujukan buat para pengikutnya untuk perkembangan semasa

    ReplyDelete
  5. Masyarakat kita harus diajar untuk bersikap hormat dan tidak mengamalkan diskriminasi ke atas mana-mana pihak meskipun kita berlainan dan tidak suka.

    ReplyDelete
  6. Ya, saya sangat bersetuju dengan pendapat anda mengenai kewujudan laman web golongan ini, ia sedikit sebanyak telah meneyebabkan golongan ini bergiat dengan lebih aktif dan seolah-olah telah membuka satu komuniti baru dalam masyarakat Malaysia dan dilihat masih dalam kategori normal. Ada baiknya website yang diwujudkan sendiri oleh beberapa individu yang membentuk komuniti kecil daripada golongan ini dalam meletakkan matlamat untuk memperjuangkan nasib mereka yang seringkali mendapat pandangan serong dari masyarakat. Namun, terfikirkah kita bahawa dengan adanya website ini mampu membina jurang (gap) antara golongan minoriti ini dengan masyarakat sekeliling. Masyarakat harus langkah seiring dengan golongan ini dalam mencapai kemajuan dalam diri dan negara. Tidak sepatutnya masyarakat meminggirkan golongan ini dan seharusnya menerima diri mereka dengan seadanya tanpa prejudis. Kita sebagai masyarakat yang hidup dalam rukun tetangga di Malaysia, perlu bergabung dalam membimbing golongan ini dalam kehidupan yang normal.

    ReplyDelete
  7. Tidak perlu berdiskriminasi kepada mereka. Sedangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu dalam aktanya mengenai hak asasi manusia menyatakan bahawa setiap manusia itu mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja tanpa menyakiti atau menyusahkan orang lain.

    ReplyDelete