Wartawan Warga
Assalammualaikum warga alam maya sekian. Banjir yang melanda negeri Pantai Timur pada tahun 2014 telah banyak memberi kesan kepada mangsa yang terlibat. Bencana alam tersebut amat menyayat hati kerana 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'. Di zaman ledakan teknologi dan kemajuan telekomunikasi kini ia digunakan dengan sebaik mungkin terutama ketika negara dilanda banjir yang diikuti ketiadaan sumber elektrik melihatkan orang ramai menggunakan media sosial sebagai medium penyebaran berita hanya untuk membantu mereka yang jauh daripada keluarga, rakan-rakan dan tempat tinggal. . Saya sendiri melihat bagaimana rakan-rakan saya ketika itu
yang banyak bergantung pada berita atas talian seperti facebook, twitter dan whatsapp
hanya untuk mengetahui perkembangan
ahi keluarga tersayang. Pasca banjir juga melihatkan cara pihak betanggungjawab
menyebarkan berita untuk memohon dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Manakala, berita di atas telah dipetik daripada laman sesawang Sensasi Malaysia yang menceritakan tentang pelakon Diana Denielle berikutan kontroversinya terkini setelah kecoh mengenai pemakaian seksinya sebelum ini. Berita ini menjadi sensasi apabila dihebahkan melalui medium laman sosial dengan pantas sekali. Kesannya, beliau dikecam hebat oleh warga internet atas gambar-gambar
beliau.
Dua situasi dan isu berbeza namun menggunakan medium yang sama iaitu laman sosial (Curtis, 2012). Tiap-tiap yang baik pasti ada yang buruk. Chamil Wariya (2012) ada menyatakan wartawan warga lahir bersama-sama kemunculan blog di Malaysia malah golongan ini tidak terikat dengan mana-mana disiplin kewartawanan apabila menulis sesuatu berita. Beliau menekankan tentang blog politik di mana hasil nukilan di blog adalah menyuarakan pendapat secara bebas (Chamil, 2012).
Antara kebaikan wartawan warga ialah
a) penyampaian berita yang cepat dan mudah disebarkan melalui mana-mana laman sosial dan saluran seperti contoh di atas (bencana alam) (,Curtis , 2012)
b) Dijadikan medium untuk berpolitik seperti blog untuk menjalankan kempen contohnya ketika Pilihan Raya ke-13.(Turnbull, 2010)
manakala keburukkannu ya ialah
a) Peningkatan teknologi telah membuka sempadan di alam maya maka terdapat segelintir pihak yang tidak segan silu menayangkan perbuatan yang tidak patut seperti siber buli, bunuh, atau memfitnah (Turnbull, 2010)
b) Berbanding golongan professional, golongan wartawan warga ini dikatakan kurang objektif dalam menulis berita malah kekurangan etika kwartawanan kerana tidak menuntut seperti mereka yang professional (Curtis, 2012)
Oleh itu. perubahan capaian maklumat telah banyak mengubah cara masyarakat kini berkomunikasi serta memperoleh berita. Maka, berlakunya evolusi maklumat kerana berita yang dikongsi berlaku dalam masa yang sangat singkat dan sesiapa sahaja boleh mencipta berita dan maklunat di atas talian (Turnbull, 2010).Walaubagaimanapun, kekangan perbuatan tidak bermoral sesetengah orang telah mengakibatkan penyebaran fitnah dan malu akibat berita yang dikongsikan.
Oleh Nor Khaironisa binti Sarnin (37672)
Rujukan
1) Chamil, Wariya (2012). Kewartawanan dan Media Era Digital : Isu-isu semasa Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia
2) Curtis, Anthony (2012). Citizen Journalism. Retrieved 5 Mac 2015 from http://www2.uncp.edu/home/acurtis/Courses/ResourcesForCourses/Journalism/CitizenJournalism.html
3) Turnbull, Trevor (2010) Social Connect: Citizen Journalism and Social Media are Driving The Information Revolution.
salam dan selamat sejahtera.
ReplyDeletewartawan warga? satu istilah yang boleh dikatakan khusus untuk pengguna internet yang gemar menyebarkan berita sama ada berkenaan politik, kecurian, gosip artis mahupun keaiban orang lain. saya bersetuju dengan kebaikan dan keburukan yang saudari senaraikan di atas. terdapat positif dan negatifnya wartawan warga dalam kehidupan kita terutamanya kita yang sering melayari internet. saya berharap masyarakat di luar sana akan lebih peka dan sensitif dalam menyebarkan sesuatu berita di dalam internet.
This time around, you got your point straight. I am strongly agree with you. Those internet users should be responsible enough of what they were doing. Used internet for the right purpose. Remember this one simple rule.
DeleteSaya kurang bersetuju dengan keburukan dimana ddinyatakan. 'Berbanding golongan professional, golongan wartawan warga ini dikatakan kurang objektif dalam menulis berita malah kekurangan etika kwartawanan kerana tidak menuntut seperti mereka yang professional (Curtis, 2012)" kerana wartawan pada masa kini juga tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya. Apabila isu isu politik dijadikan punca dalam pelbagai isu sesama. Sebagai contoh, berita yang dipamerkan diberi bukan lah menunjukkan perkara sebenar. Contohnya, wartawan warga menyiarkan gambar2 mangsa kebuluran ddi bukit2 yang terkandas, namun wartawan "sejati" hanya memaparkan, berita hanya memfokuskan dimana ahli politik yang menyalurkan bantuan.
DeleteYa, saya bersetuju dengan pendapat anda mengenai kekangan perbuatan tidak bermoral sesetengah orang telah mengakibatkan penyebaran fitnah dan malu akibat berita yang dikongsikan. Seperti yang ketahui bahawa ramai rakyat Malaysia itu sendiri yang menjadi wartawan warga dan menggunakan mana-mana saluran seperti facebook, twitter dan Instagram untuk menyampaikan sesuatu berita secara pantas. Namun sedarkah kita bahawa tidak semua berita yang disampaikan olah wartawan warga itu adalah tepat dan betul. Hal ini menyebabkan akan menimbulkan penyebaran fitnah terhadap sesuatu perkara yang tidak sahih. Tambahan, wartawan warga ini dikatakan kurang objektif dalam menulis berita malah kekurangan etika kewartawanan kerana tidak menuntut seperti mereka yang professional.
ReplyDeletekadangkala berita yang dituliskan oleh wartawan warga ini mempunyai tema human interest. orang mahu baca dan seronok.
ReplyDeletetidak salah mereka ingin menulisnya. Seperti contoh, artis tidak akan sesekali jatuh reputasinya malah semakin meningkat reputasi dan imej mereka dengan adanya berita seperti itu.