Monday, 4 May 2015

Tu dia anwad hadi!!

Sekadar pemerhatian kasar




sumber: http://www.bloggerwanita.com/5-sebab-i-like-jejaka-lawak-ini-siapa/

http://www.anwarhadi.blogspot.com/

Blog Ini Anwar Hadi merupakan blog pertama yang penulis telah ikut ketika zaman-zaman baru menikuti blog iaitu sekitar selepas stpm selepas melihat vlog yang dihasilkan oleh beliau. Pada penulis, beliau mempunyai karismanya tersendiri dalam melontarkan buah fikiran dengan gaya yang bersahaja tapi senang difahami. Blog yang berkisar kehidupan sendiri atau orang lain (kurang pasti) tidaklah sepopular blogger lain. Kehebatan beliau terserlah apabila melakukan vlog (pandangan penulis). adakah ia berbentuk seperti kewartawanan?

 Penulis hanya tertarik dengan kisah hidup beliau. Walaupun jarang mengikuti blognya dan masih belum membeli buku yang dihasilkan oleh beliau, encik Anwar Hadi masih menjadi kegemaran penulis selepas Matlutfi90.

Menurut Chin dan Judy (2008), blogger memandang blog sebagai diari alam maya atau jurnal dengan berkongsi pandangan, minat dan  kehidupan harian yang menghasilkan reputasi alam maya. Bermula daripada tahun 2008, beliau telah mula menulis menerusi blog tentang dirinya meskipun tiada siapa memberi komen beliau tetap akan menulis. Pada pandangan penulis, reputasi beliau terhasil  apabila beliau menghasilkan vlog (sekadar pandangan) oleh itu beliau kurang dikenali sebagai blogger. Hanya yang mengenali beliau dan minat akan mengetahui tentangnya (berdasarkan blog). 

Pandangan penulis yang dangkal ini sekadar ingin menyatakan perihal kewujudan blog Anwar Hadi dan minat beliau yang suka menulis walaupun tiada komen. Ia sesuatu yang membuatkan penulis tertanya-tanya. Manakala sense of belonging ialah antara sebab berlakunya penglibatan dalam blog kata Chin dan Judy (2008). Menulis tanpa mengharapkan komen mahupun reputasi serta dikenali boleh dilihat dan dikaji oleh mana-mana ahli akademik untuk mengetahui sebab disebalik ia berlaku. Tidak ramai yang menulis blog tanpa mengharapkan sebarang balasan. 

Oleh itu, minat dan sense of belonging merupakan perkara utama pada penulis sebab blogger di luar sana menulis (selain bisnes). Ingin menjadi sebahagian yang penting dalam sesuatu yang penting, ingin melakukan sesuatu yang penting dalam menjadi sesuatu yang penting memerlukan pemikiran yang kritis, berani, jujur dan benar dalam mencapai status di hati blogger di luar sana. Di mata saya itulah peranan blogger dalam menyampaikan mesej dan buah fikiran.

* Entri ini masih lagi mempunyai kekurangan dan hanya berlandaskan pemikiran yang cetek

Tulisan insan bernama Nor Khaironisa binti Sarnin 37672

Rujukan

Chin, L, H., Judy, C-C, L. (2008). Acceptance of blog usage: The roles of technology acceptance,
social influence and knowledge sharing motivation. Information & Management. 45, 65–74.











6 comments:

  1. Apabila saya melihat anwar hadi saya teringat akan Matluthfi. hasil kreatif beliau utk membuat vlog menjadi tarikan para belia bahkan masyarkat utk mengetahui apa itu vlog.

    ReplyDelete
  2. Secara jujur, saya kurang mengikuti perkembangan tulisan blog. Oleh kerana itu, saya kurang jelas siapakah gerangan Anwar Hadi ini. Selama ini, saya pernah membaca sebuah blog hasilan tulisan seorang kenalan. Namun, seperti yang saya katakan tadi, saya kurang meneliti kandungan blog. Apa-apa pun, terima kasih saudari di atas perkongsian maklumat.

    ReplyDelete
  3. Saya kurang bersetuju dengan pendapat penulis dimana " Kehebatan beliau terserlah apabila melakukan vlog (pandangan penulis). adakah ia berbentuk seperti kewartawanan?"
    Hal ini kerana sesetengah vblog tidak mengikuti perkembangan semasa. Dan pada pendapat saya anwar hadi lebih menceritakan pengalaman beliau berbanding isu-isu semasa yang boleh dikategorikan sebagai bentuk kewartawanan.

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Saya merupakan pengikut Anwar hadi. Sudah tentu hasil daripada tulisan beliau serta vlog beliau mendapat sambutan yang baik daripada pembaca di luar sana. Apa yang boleh saya katakan, blog mahupun vlog adalah medium yang berkesan untuk menyampaikan segala informasi yang berkaitan dengan masyarakat sekarang.

    ReplyDelete
  5. Secara individunya, saya bukan follower beliau. Saya sangat bersetuju dengan lontaran anda mengenai minat dan sense of belonging merupakan perkara utama pada penulis sebab blogger di luar sana menulis (selain bisnes) untuk menjadi sebahagian yang penting dalam sesuatu yang penting, di mana penulis blog memerlukan pemikiran yang kritis, berani, jujur dan benar dalam mencapai status di hati blogger di luar sana. Ya, benar kata saudari yang menyatakan bahawa peranan blogger dalam menyampaikan mesej dan buah fikiran perlulah dengan hati yang jujur dan ikhlas.

    ReplyDelete
  6. Sekarang vlog sudah tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kebanyakan element vlog mereka hampir sama dan hanya berbeza dari segi penyampai nya sahaja. Tetapi saya bersetuju vlog antara medium untuk menyampaikan informasi yang berkaitan dengan kehidupan pada masa kini

    ReplyDelete