peace be upon you
Sedar atau tidak, cara berkomunikasi pada era millenium ini semakin berkembang dan
tidak hanya tertumpu pada face to face
mahupun melalui panggilan telefon sahaja. Dengan ledakan teknologi maklumat dan
internet, manusia mampu berkomunikasi dengan sesiapa sahaja walaupun mereka
tidak mempunyai nombor telefon masing-masing dan tidak pernah kenal antara satu
sama lain.
Seperti yang kita sedia maklum, dengan adanya jaringan
internet tanpa sempadan, kita mampu meluahkan pendapat kita disetiap laman
sesawang yang ada pada masa ini dan dibaca oleh hampir seluruh penduduk di
dalam dunia ini. Kemudian, pengguna internet atau juga dikenali sebagai netizen, akan melakukan komen balas
terhadap komen yang kita lakukan sebelum ini. Ini merupakan komunikasi yang
berlaku di dalam media baru.
Internet memberi satu nafas baru dalam cara manusia
berkomunikasi antara satu sama lain. Dengan adanya internet, kita mampu
mengetahui setiap apa yang berlaku dengan hanya sentuhan di hujung jari sahaja.
Semuanya sudah berada di dalam internet. Kewujudan online news portal adalah disebabkan internet dan mereka juga tidak
ketinggalan mengambil kesempatan ke atas kecanggihan teknologi maklumat dan
internet ini. Namun, kita harus sedar bahawa kita mampu memperolehi kawan dan
lawan dalam tempoh masa yang singkat.
Adakah kita sebagai netizen
bebas untuk menaip apa sahaja di dalam media baru tanpa mengambil kira dari
setiap aspek? Adakah kita boleh menaip perkara yang menyentuh sensitiviti agama
atau bangsa lain?
Setiap
individu di dalam dunia ini diberi hak kebebasan mengeluarkan sebarang
pendapat, menerima dan menyebarkan maklumat melalui media tanpa mengira
sempadan (McDougal & Bebar, 1964) . Tidak dapat saya
sangkal lagi bahawa kita mempunyai kebebasan bersuara untuk meluahkan apa yang
ada di dalam hati tetapi kita perlu ingat, itu bukanlah satu lampu hijau untuk
kita meluahkan ‘semua’ apa yang ada di dalam hati. Sebelum kita ingin membuat sebarang
komen atau ulasan di dalam online news
portal, kita harus fikir impak yang akan kita tinggal melalui komen/ulasan
itu terhadap orang lain.
Oleh
kerana kita di Malaysia ini suka membandingkan negara kita dengan negara luar,
mari saya tunjukkan sedikit kebebasan yang ada di Amerika Syarikat (USA). Menurut William Fisher, perlembagaan di USA mengatakan
kerajaan boleh menyekat ucapan di dalam mana-mana cara yang wajar dan sesuai
dengan keadaan dan setiap ucapan adalah bebas untuk disampaikan kecuali sebab
yang tertentu. Antaranya adalah perkataan yang mempunyai unsur penghinaan dan
mampu membuat seseorang individu atau kumpulan untuk membuat tindak balas
terhadap penghinaan itu. Ingin saya terapkan apa yang diperkatakan oleh Fisher
di dalam situasi di Malaysia. Di Malaysia juga mempunyai kebebasan bersuara
namun kebebasan itu bukanlah berunsurkan mutlak dan hakiki. Setiap kebebasan
itu ada batasnya dan perlu dijaga oleh setiap netizen di Malaysia ini.
Walau
bagaimanapun, adalah sukar untuk mengukur tahap ‘bebasnya bersuara’ bagi rakyat
Malaysia yang membuat komen/ulasan di online
news portal terutamanya di online
news berhaluan kiri. Ini kerana, tidak kira apa sahaja komen/ulasan yang
dibuat oleh netizen di Malaysia, Akta
Hasutan 1948 (AKta 1948) sentiasa menghantui diri mereka. Oleh disebabkan itu,
secara tidak langsung netizen di
Malaysia mempunyai satu garisan sempadan yang menghadkan diri mereka daripada
membuat sebarang komen/ulasan yang barbaur negatif dan seterusnya menggugat
kesejahteraan negara Malaysia.
Konklusinya
di sini, setiap pengguna internet khususnya di Malaysia ini mempunyai satu garis panduan di dalam membuat sebarang komen/ulasan mengenai sesuatu isu
yang berlaku di dalam negara khususnya isu yang berat dan serius seperti
politik. Kita bebas untuk menyampaikan pendapat di dalam internet namun kita
harus sedar setiap apa yang kita komen/ulas itu mampu menghuru-harakan negara.
p/s: Pisau dan lidah, mana lagi tajam lagi menyakitkan?
References
Fisher, W. (2001, June 14). Freedom
of Expression on the Internet. Retrieved from the Berkman Center for
Internet and Society: http://cyber.law.harvard.edu/ilaw/Speech/#discussion
McDougal, M. S., & Bebar, G. (1964). Human Rights in
the United Nations. Faculty Scholarship Series , 624.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh: Muhammad Alif Asyraf bin Ahmad Affandi (37252)
Ini adalah pendapat peribadi penulis
berdasarkan soalan “To what extent are online news readers allowed to comment
on the news?” yang
dikemukakan di dalam silde, New Media and Journalism.
Peace Be Upon You..
ReplyDeleteSungguh mendalam isu yang dimainkan oleh saudara Alif. Saya lihat, topik yang diutarakan sering kali menyentuh mengenai isu yang menekan etika ketika menulis di alam maya. Jadi, mengenai isu ini, seseorang individu perlu bijak dalam menggunakan susunan ayat yang tepat, bagi mengelak disalh tafsif oleh para pembaca. Perkara ini, sering terjadi yang mana, sesuatu mesej itu disalah tafsir oleh pihak lain, yang mampu mengundah pencagahan pendapat. Saya lihat, hal ini berkait rapat kerana kurangnya nilai emosi yang diterapkan dalam menyampaikan sesuatu fakta. Sebagai contoh, individu itu menulis sesuatu isu yang sangat sensitif seperti membincangkan isu perkauman. Namun, isu yang dikupas itu, akan dibaca dan difahami bergantung kepada emosi si pembaca. Andai baik emosinya, pemahaman dan penerimaan terhadap isu itu akan menjadi lebih baik. Namun, jika pembacaan dilakukan semasa esmosi terganggu, penerimaan juga akan sedikit sebanyak terganggu. Oleh itu, kita perlu beretika dalam menyampai sesuatu idea, lebih-lebih lagi di alam maya, kerana jelas bahawa idea sering disalah erti dek kerana kurangnya penglibatan emosi.
Komen yang diutarakan adalah merupakan satu pandangan daripada penulis.
etika menulis ketika melayari internet pada saya sesuatu yang sukar kerana ia tidak dapat dipisahkan daripada isu kebebasan bersuara. Jika ingin berkata-kata, kita disarankan agar melihat di sekeliling kita supaya tidak ada yang tergigit cili. Tetapi apabila kita ingin meluahkan sesuatu, jika tersalah cakap ke penjara atau ke mahkamahlah jawabnya.
ReplyDeleteSeperti kata-kata sahabat kita Asyraf, emosi memainkan peranan penting ketika sesi meluahkan perasaan dilakukan. Bersikap rasional, adil dan mengawal emosi ialah sesuatu yang perlu ada pada setiap warga internet. Dalam mencapai keadilan dan menegakkan kebenaran kita harus ingat bahawa setiap apa yang kita kata tetap mempunyai kesan kepada orang lain sama ada kecil atau besar.
Ya, saya sangat bersetuju dengan lontaran pandangan saudara yang menyatakan bahawa kita bebas untuk menyampaikan pendapat di dalam internet namun kita harus sedar setiap apa yang kita komen/ulas itu mampu menghuru-harakan negara. Seperti yang kita sedia maklum bahawa lidah adalah lebih tajam daripada pisau walaupun tiada tulangnya. Hal ini kerana kerana kata-kata daripada lidah mampu mengoncang seluruh dunia! Oleh itu, sahabat-sahabat yang ku kasihi sekalian, jagalah kata-kata anda sebelum berbicara di dalam dunia global sama ada secara interpersonal atau bersemuka mahupun dunia internet.
ReplyDeletePada pandangan saya, walaupun pihak kerajaan mewartakan undang-undang, masyarakat tetap tidak akan takut untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan di laman media. Semakin kerajaan kuatkuasakan, semakin itu masyarakat berani
ReplyDeleteIni baru dinamakan sebuah demokrasi!