Monday, 30 March 2015

Dunia ada Sempadannya

peace be upon you

Sedar atau tidak, cara berkomunikasi pada era millenium ini semakin berkembang dan tidak hanya tertumpu pada face to face mahupun melalui panggilan telefon sahaja. Dengan ledakan teknologi maklumat dan internet, manusia mampu berkomunikasi dengan sesiapa sahaja walaupun mereka tidak mempunyai nombor telefon masing-masing dan tidak pernah kenal antara satu sama lain.

Seperti yang kita sedia maklum, dengan adanya jaringan internet tanpa sempadan, kita mampu meluahkan pendapat kita disetiap laman sesawang yang ada pada masa ini dan dibaca oleh hampir seluruh penduduk di dalam dunia ini. Kemudian, pengguna internet atau juga dikenali sebagai netizen, akan melakukan komen balas terhadap komen yang kita lakukan sebelum ini. Ini merupakan komunikasi yang berlaku di dalam media baru.

Internet memberi satu nafas baru dalam cara manusia berkomunikasi antara satu sama lain. Dengan adanya internet, kita mampu mengetahui setiap apa yang berlaku dengan hanya sentuhan di hujung jari sahaja. Semuanya sudah berada di dalam internet. Kewujudan online news portal adalah disebabkan internet dan mereka juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan ke atas kecanggihan teknologi maklumat dan internet ini. Namun, kita harus sedar bahawa kita mampu memperolehi kawan dan lawan dalam tempoh masa yang singkat.

Adakah kita sebagai netizen bebas untuk menaip apa sahaja di dalam media baru tanpa mengambil kira dari setiap aspek? Adakah kita boleh menaip perkara yang menyentuh sensitiviti agama atau bangsa lain?

            Setiap individu di dalam dunia ini diberi hak kebebasan mengeluarkan sebarang pendapat, menerima dan menyebarkan maklumat melalui media tanpa mengira sempadan (McDougal & Bebar, 1964). Tidak dapat saya sangkal lagi bahawa kita mempunyai kebebasan bersuara untuk meluahkan apa yang ada di dalam hati tetapi kita perlu ingat, itu bukanlah satu lampu hijau untuk kita meluahkan ‘semua’ apa yang ada di dalam hati. Sebelum kita ingin membuat sebarang komen atau ulasan di dalam online news portal, kita harus fikir impak yang akan kita tinggal melalui komen/ulasan itu terhadap orang lain.

            Oleh kerana kita di Malaysia ini suka membandingkan negara kita dengan negara luar, mari saya tunjukkan sedikit kebebasan yang ada di Amerika Syarikat (USA). Menurut William Fisher, perlembagaan di USA mengatakan kerajaan boleh menyekat ucapan di dalam mana-mana cara yang wajar dan sesuai dengan keadaan dan setiap ucapan adalah bebas untuk disampaikan kecuali sebab yang tertentu. Antaranya adalah perkataan yang mempunyai unsur penghinaan dan mampu membuat seseorang individu atau kumpulan untuk membuat tindak balas terhadap penghinaan itu. Ingin saya terapkan apa yang diperkatakan oleh Fisher di dalam situasi di Malaysia. Di Malaysia juga mempunyai kebebasan bersuara namun kebebasan itu bukanlah berunsurkan mutlak dan hakiki. Setiap kebebasan itu ada batasnya dan perlu dijaga oleh setiap netizen di Malaysia ini.

            Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mengukur tahap ‘bebasnya bersuara’ bagi rakyat Malaysia yang membuat komen/ulasan di online news portal terutamanya di online news berhaluan kiri. Ini kerana, tidak kira apa sahaja komen/ulasan yang dibuat oleh netizen di Malaysia, Akta Hasutan 1948 (AKta 1948) sentiasa menghantui diri mereka. Oleh disebabkan itu, secara tidak langsung netizen di Malaysia mempunyai satu garisan sempadan yang menghadkan diri mereka daripada membuat sebarang komen/ulasan yang barbaur negatif dan seterusnya menggugat kesejahteraan negara Malaysia.

            Konklusinya di sini, setiap pengguna internet khususnya di Malaysia ini mempunyai satu garis panduan di dalam membuat sebarang komen/ulasan mengenai sesuatu isu yang berlaku di dalam negara khususnya isu yang berat dan serius seperti politik. Kita bebas untuk menyampaikan pendapat di dalam internet namun kita harus sedar setiap apa yang kita komen/ulas itu mampu menghuru-harakan negara.

p/s: Pisau dan lidah, mana lagi tajam lagi menyakitkan?




References

Fisher, W. (2001, June 14). Freedom of Expression on the Internet. Retrieved from the Berkman Center for Internet and Society: http://cyber.law.harvard.edu/ilaw/Speech/#discussion

McDougal, M. S., & Bebar, G. (1964). Human Rights in the United Nations. Faculty Scholarship Series , 624.





---------------------------------------------------------------------------------------------------


  
Oleh: Muhammad Alif Asyraf bin Ahmad Affandi (37252)


Ini adalah pendapat peribadi penulis berdasarkan soalan “To what extent are online news readers allowed to comment on the news?” yang dikemukakan di dalam silde, New Media and Journalism.



4 comments:

  1. Peace Be Upon You..

    Sungguh mendalam isu yang dimainkan oleh saudara Alif. Saya lihat, topik yang diutarakan sering kali menyentuh mengenai isu yang menekan etika ketika menulis di alam maya. Jadi, mengenai isu ini, seseorang individu perlu bijak dalam menggunakan susunan ayat yang tepat, bagi mengelak disalh tafsif oleh para pembaca. Perkara ini, sering terjadi yang mana, sesuatu mesej itu disalah tafsir oleh pihak lain, yang mampu mengundah pencagahan pendapat. Saya lihat, hal ini berkait rapat kerana kurangnya nilai emosi yang diterapkan dalam menyampaikan sesuatu fakta. Sebagai contoh, individu itu menulis sesuatu isu yang sangat sensitif seperti membincangkan isu perkauman. Namun, isu yang dikupas itu, akan dibaca dan difahami bergantung kepada emosi si pembaca. Andai baik emosinya, pemahaman dan penerimaan terhadap isu itu akan menjadi lebih baik. Namun, jika pembacaan dilakukan semasa esmosi terganggu, penerimaan juga akan sedikit sebanyak terganggu. Oleh itu, kita perlu beretika dalam menyampai sesuatu idea, lebih-lebih lagi di alam maya, kerana jelas bahawa idea sering disalah erti dek kerana kurangnya penglibatan emosi.


    Komen yang diutarakan adalah merupakan satu pandangan daripada penulis.

    ReplyDelete
  2. etika menulis ketika melayari internet pada saya sesuatu yang sukar kerana ia tidak dapat dipisahkan daripada isu kebebasan bersuara. Jika ingin berkata-kata, kita disarankan agar melihat di sekeliling kita supaya tidak ada yang tergigit cili. Tetapi apabila kita ingin meluahkan sesuatu, jika tersalah cakap ke penjara atau ke mahkamahlah jawabnya.

    Seperti kata-kata sahabat kita Asyraf, emosi memainkan peranan penting ketika sesi meluahkan perasaan dilakukan. Bersikap rasional, adil dan mengawal emosi ialah sesuatu yang perlu ada pada setiap warga internet. Dalam mencapai keadilan dan menegakkan kebenaran kita harus ingat bahawa setiap apa yang kita kata tetap mempunyai kesan kepada orang lain sama ada kecil atau besar.

    ReplyDelete
  3. Ya, saya sangat bersetuju dengan lontaran pandangan saudara yang menyatakan bahawa kita bebas untuk menyampaikan pendapat di dalam internet namun kita harus sedar setiap apa yang kita komen/ulas itu mampu menghuru-harakan negara. Seperti yang kita sedia maklum bahawa lidah adalah lebih tajam daripada pisau walaupun tiada tulangnya. Hal ini kerana kerana kata-kata daripada lidah mampu mengoncang seluruh dunia! Oleh itu, sahabat-sahabat yang ku kasihi sekalian, jagalah kata-kata anda sebelum berbicara di dalam dunia global sama ada secara interpersonal atau bersemuka mahupun dunia internet.

    ReplyDelete
  4. Pada pandangan saya, walaupun pihak kerajaan mewartakan undang-undang, masyarakat tetap tidak akan takut untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan di laman media. Semakin kerajaan kuatkuasakan, semakin itu masyarakat berani

    Ini baru dinamakan sebuah demokrasi!

    ReplyDelete