Kemajuan
teknologi. Satu frasa yang membuatkan sesetengah orang tertunggu-tunggu bilakah
masanya akan tiba. Bilakah teknologi yang bagi mereka, ianya satu perkara yang
dinantikan tercipta. Untuk sesetengah orang lain, tidak merasakan atau tidak
terkesan dengan kemajuan teknologi. Baginya tiada apa yang patut dinantikan
kerana tidak dapat tidak pasti ianya akan tiba. Hanya masa menentukan.
Bagi
pengguna tegar teknologi seperti komputer atau telefon bimbit, kemajuan
teknologi adalah amat ditunggu untuk memudahkan kerja seharian mereka. Seperti memudahkan
mereka membuat kerja yang sepatutnya dilakukan di pejabat, tetapi mereka melakukannya
di rumah. Ianya satu perkara yang bermanfaat kepada golongan pekerja. Lahirnya teknologi
perisian Skype, siapa-siapa boleh berhubung secara bersekemuka melalui dunia
siber. Jika dahulu seorang pengurus perlu pergi ke luar negara untuk berhubung
mengenai syarikat, sekarang hanya duduk di pejabat, buka skype, dan membuat
mesyuarat dengan ahli-ahli lain yang berada nun jauh disana.
Bagi
pengguna telefon pintar, saban waktu, setiap 6 bulan atau kurang, pasti akan
ada perubahan didalam teknologi telefon pintar. Hal ini demikian kerana
tingginya permintaan pelanggan untuk meminta agar permintaan mereka ditunaikan
yakni mereka menginginkan satu telefon pintar, yang mampu untuk membantu mereka
membuat kerja dari A hingga Z. Para pengeluar teknologi bertungkus lumus untuk
memenuhi kehendak pelanggan agar menjadi syarikat wahid yang menjadi pilihan
orang ramai.
Semakin
maju teknologi, semakin majulah juga para penyangak siber yang saban hari
berusaha untuk menggodam maklumat kita. Sedar atau tidak sedar, maklumat kita
semuanya ada didalam talian. Hanya tahap keselamatan yang menentukan maklumat
peribadi kita selamat ataupun tidak. Penyangak alam siber atau dikenali sebagai
‘cyberpunk’ ini menggunakan internet sebagai wadah mereka mendapatkan dan
menyalurkan maklumat sesama sendiri. Golongan yang majoriti melibatkan golongan
belia ini mempunyai pemikiran parolialisme yang mana mereka membuat semua ini
kerana inginkan keseronokan. Akibatnya, kelak mangsa yang akan merana seperti
penyebaran gambar peribadi mangsa dilaman sesawang. Mereka menganggap ianya
satu ekstasi yang memenuhi nafsu keseronokkan. Golongan ini sentiasa wujud dan
terus berkembang selagi mana teknologi juga berkembang.
Walhasil,
para pengguna teknologi seharusnya tidak memandang enteng dengan perkara
seperti ini agar kelak kita tidak menjadi salah satu mangsa pengodam data
peribadi. Semakin maju teknologi yang digunakan kita, perlu selari dengan
majunya daya fikiran kita berfikir apakah kesan yang akan diperoleh sekiranya
menggunakan teknologi dengan sewenang-wenangnya. Buktinya banyak di dada-dada
akhbar yang melibatkan kes-kes penipuan dan penyebaran gambar peribadi. Kita tidak
boleh menyalahkan pihak kerajaan kerana tidak memantau perkara ini, tetapi diri
sendirilah yang harus dipersalahkan kerana tidak mempunyai maklumat yang cukup
untuk hal ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Posting ini merupakan idea penulis sendiri. Tidak mewakili mana-mana individu mahupun organisasi.
Muhamad Sulaiman bin Misri (37229)
Kajian Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rujukan :
Abbott, C. (2007). Keperluan Pendidikan Khas dan
Internet. Kuala Lumpur: Routledge Falmer.
Everard, J. (2000). Virtual states. New York:
Routledge.
Negroponte. (1995). Being Digital. London:
Coronet.
salam dan selamat sejahtera
ReplyDeleteancaman teknologi dalam kehidupan seharian kita memang kan berlaku. ini kerana kita adalah pengguna teknologi dan kita jugalah yang memajukan teknologi itu. semakin canggih teknologi itu, semakin ligat manusia ingin mengambil kesempatan. jadi sebagai pengguna, kita harus ambil tahu akan setiap langkah untuk mengelakkan diri kita menjadi mangsa teknologi dari pelbagai sudut.
"We stop being afraid of the monster under our bed, because we realize, it is inside us".
ReplyDeleteSometimes, what should we be afraid of is, what we are capable of being. So, it is on us to decide, which side we are choosing. To join the force or falls to the wrong path.
Use technology wisely. We should master the technology, not be the victim of it.
Saya berbersependapat dengan penulis akan ""pengguna tegar teknologi seperti komputer atau telefon bimbit, kemajuan teknologi adalah amat ditunggu untuk memudahkan kerja seharian mereka. "" hal ini kerana walaupun telefon pintar saya tidak sepintar iphone saya terus menanti 'update' dari telefon ini.
ReplyDeleteSalam. Saya percaya penulis juga merupakan pencinta gadjet. Masakan kita semua tidak lari daripada dunia gadjet sendiri. Cumanya cara penggunaan gadjet itu ditentukan oleh pengguna itu sendiri. Dengan akal dan minda yang cerdik dan pandai saya yakin pengguna mampu menggunakan gadjet ini ke arah yang lebih bermanfaat.
ReplyDeletesediakan payung sebelum hujan. jangan dah terhantuk baru nak terngadah. be prepare and beware.Jangan leka tenggelam di arus teknologi
ReplyDeleteSaya secara peribadinya sangat bersetuju dengan pandangan yang menyatakan bahawa kemajuan teknologi membawa kelebihan dan ancaman kepada kita. Sebagai contoh, penggunaan ‘gadget’ dalam whatsapp, wechat dan facebook adalah sangat penting dalam perhubungan komunikasi dalam seharian. Dengan adanya benda tersebut, mampu merapatkan hubungan dengan seseorang walaupun berbeza dari jarak tempat dan masa. Manakala, keburukannya pula ialah sejak wechat ini diwujudkan telah banyak berlakunya kes curang dalam masalah rumahtangga.
ReplyDeleteSecara peribadinya, walaupun orang ramai berpendapat bahawa kemajuan teknologi pada masa kini lebih mendatangkan keburukan. Tetapi kita perlu ingat, adakah kita akan maju jika tanpa adanya kemajuan teknologi? adakah perlu semua perkara dilakukan secara manual? Contoh, menghantar mesej. Adakah kita mahu menggunakan burung merpati atau helang untuk mengutuskan surat jika whatsapp atau wechat sudah ada? hanya di hujung jari sahaja.
ReplyDeletefikir fikirkan lah