Thursday, 16 April 2015

Kemajuan teknologi : Kelebihan dan ancaman

  Kemajuan teknologi. Satu frasa yang membuatkan sesetengah orang tertunggu-tunggu bilakah masanya akan tiba. Bilakah teknologi yang bagi mereka, ianya satu perkara yang dinantikan tercipta. Untuk sesetengah orang lain, tidak merasakan atau tidak terkesan dengan kemajuan teknologi. Baginya tiada apa yang patut dinantikan kerana tidak dapat tidak pasti ianya akan tiba. Hanya masa menentukan.

  Bagi pengguna tegar teknologi seperti komputer atau telefon bimbit, kemajuan teknologi adalah amat ditunggu untuk memudahkan kerja seharian mereka. Seperti memudahkan mereka membuat kerja yang sepatutnya dilakukan di pejabat, tetapi mereka melakukannya di rumah. Ianya satu perkara yang bermanfaat kepada golongan pekerja. Lahirnya teknologi perisian Skype, siapa-siapa boleh berhubung secara bersekemuka melalui dunia siber. Jika dahulu seorang pengurus perlu pergi ke luar negara untuk berhubung mengenai syarikat, sekarang hanya duduk di pejabat, buka skype, dan membuat mesyuarat dengan ahli-ahli lain yang berada nun jauh disana.

  Bagi pengguna telefon pintar, saban waktu, setiap 6 bulan atau kurang, pasti akan ada perubahan didalam teknologi telefon pintar. Hal ini demikian kerana tingginya permintaan pelanggan untuk meminta agar permintaan mereka ditunaikan yakni mereka menginginkan satu telefon pintar, yang mampu untuk membantu mereka membuat kerja dari A hingga Z. Para pengeluar teknologi bertungkus lumus untuk memenuhi kehendak pelanggan agar menjadi syarikat wahid yang menjadi pilihan orang ramai.

  Semakin maju teknologi, semakin majulah juga para penyangak siber yang saban hari berusaha untuk menggodam maklumat kita. Sedar atau tidak sedar, maklumat kita semuanya ada didalam talian. Hanya tahap keselamatan yang menentukan maklumat peribadi kita selamat ataupun tidak. Penyangak alam siber atau dikenali sebagai ‘cyberpunk’ ini menggunakan internet sebagai wadah mereka mendapatkan dan menyalurkan maklumat sesama sendiri. Golongan yang majoriti melibatkan golongan belia ini mempunyai pemikiran parolialisme yang mana mereka membuat semua ini kerana inginkan keseronokan. Akibatnya, kelak mangsa yang akan merana seperti penyebaran gambar peribadi mangsa dilaman sesawang. Mereka menganggap ianya satu ekstasi yang memenuhi nafsu keseronokkan. Golongan ini sentiasa wujud dan terus berkembang selagi mana teknologi juga berkembang.

  Walhasil, para pengguna teknologi seharusnya tidak memandang enteng dengan perkara seperti ini agar kelak kita tidak menjadi salah satu mangsa pengodam data peribadi. Semakin maju teknologi yang digunakan kita, perlu selari dengan majunya daya fikiran kita berfikir apakah kesan yang akan diperoleh sekiranya menggunakan teknologi dengan sewenang-wenangnya. Buktinya banyak di dada-dada akhbar yang melibatkan kes-kes penipuan dan penyebaran gambar peribadi. Kita tidak boleh menyalahkan pihak kerajaan kerana tidak memantau perkara ini, tetapi diri sendirilah yang harus dipersalahkan kerana tidak mempunyai maklumat yang cukup untuk hal ini.



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Posting ini merupakan idea penulis sendiri. Tidak mewakili mana-mana individu mahupun organisasi.

Muhamad Sulaiman bin Misri (37229)
Kajian Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rujukan :
Abbott, C. (2007). Keperluan Pendidikan Khas dan Internet. Kuala Lumpur: Routledge Falmer.
Everard, J. (2000). Virtual states. New York: Routledge.
Negroponte. (1995). Being Digital. London: Coronet.



7 comments:

  1. salam dan selamat sejahtera

    ancaman teknologi dalam kehidupan seharian kita memang kan berlaku. ini kerana kita adalah pengguna teknologi dan kita jugalah yang memajukan teknologi itu. semakin canggih teknologi itu, semakin ligat manusia ingin mengambil kesempatan. jadi sebagai pengguna, kita harus ambil tahu akan setiap langkah untuk mengelakkan diri kita menjadi mangsa teknologi dari pelbagai sudut.

    ReplyDelete
  2. "We stop being afraid of the monster under our bed, because we realize, it is inside us".

    Sometimes, what should we be afraid of is, what we are capable of being. So, it is on us to decide, which side we are choosing. To join the force or falls to the wrong path.

    Use technology wisely. We should master the technology, not be the victim of it.

    ReplyDelete
  3. Saya berbersependapat dengan penulis akan ""pengguna tegar teknologi seperti komputer atau telefon bimbit, kemajuan teknologi adalah amat ditunggu untuk memudahkan kerja seharian mereka. "" hal ini kerana walaupun telefon pintar saya tidak sepintar iphone saya terus menanti 'update' dari telefon ini.

    ReplyDelete
  4. Salam. Saya percaya penulis juga merupakan pencinta gadjet. Masakan kita semua tidak lari daripada dunia gadjet sendiri. Cumanya cara penggunaan gadjet itu ditentukan oleh pengguna itu sendiri. Dengan akal dan minda yang cerdik dan pandai saya yakin pengguna mampu menggunakan gadjet ini ke arah yang lebih bermanfaat.

    ReplyDelete
  5. sediakan payung sebelum hujan. jangan dah terhantuk baru nak terngadah. be prepare and beware.Jangan leka tenggelam di arus teknologi

    ReplyDelete
  6. Saya secara peribadinya sangat bersetuju dengan pandangan yang menyatakan bahawa kemajuan teknologi membawa kelebihan dan ancaman kepada kita. Sebagai contoh, penggunaan ‘gadget’ dalam whatsapp, wechat dan facebook adalah sangat penting dalam perhubungan komunikasi dalam seharian. Dengan adanya benda tersebut, mampu merapatkan hubungan dengan seseorang walaupun berbeza dari jarak tempat dan masa. Manakala, keburukannya pula ialah sejak wechat ini diwujudkan telah banyak berlakunya kes curang dalam masalah rumahtangga.

    ReplyDelete
  7. Secara peribadinya, walaupun orang ramai berpendapat bahawa kemajuan teknologi pada masa kini lebih mendatangkan keburukan. Tetapi kita perlu ingat, adakah kita akan maju jika tanpa adanya kemajuan teknologi? adakah perlu semua perkara dilakukan secara manual? Contoh, menghantar mesej. Adakah kita mahu menggunakan burung merpati atau helang untuk mengutuskan surat jika whatsapp atau wechat sudah ada? hanya di hujung jari sahaja.

    fikir fikirkan lah

    ReplyDelete