Assalamualaikum
Bilamana kita bercakap tentang online game pasti counter
strike antara online game yang terlintas di minda kita. Saya yakin pembaca di
sini pernah melibatkan diri dalam dunia perang online game tersebut. Tetapi di
sini bukanlah saya nak perihalkan tentang cara-cara bermain online games tersebut
akan tetapi saya nak hasilkan apa yang terlintas di minda saya ketika ini
online game vs outdoor game.
Online game ataupun permainan video merupakan permainan
carian sumber daripada internet di mana tiada kekangan ataupun limitasi masa
ataupun tempat untuk bermain permainan video tersebut. (Game Mile, 2006) .
Kecanggihan teknologi sekarang menjadikan jaringan permainan
video ini lebih menarik dan kreatif. Sebagai contoh remaja sekarang lebih
berminat untuk bermain permainan video yang boleh dimuat turun melalui aplikasi
telefon bimbit. Jadi melalui telefon bimbit sahaja sesiapa mampu untuk bermain
permainan video ini. Bahkan juga, sesetengah permainan video menubuhkan satu
kelab untuk permaina itu sahaja. Walaubagaimanapun,
impak permainan video ini lebih ke arah keburukan. Hal ini kerana, permainan
video ini tidak mercerna tenaga dari segi fizikal. Ini menjadikan masyarakat
terutama belia menjadi malas dan ketagih untuk bermain permainan video.
Berbeza pula dengan permainan aktiviti luar yang lebih
bersifat lincah dan aktif. Sebagai contoh bermain bola sepak ataupun permainan
tradisional seperti tengteng yang mengeluarkan peluh. Aktiviti sebegini lebih
banyak pergerakan berbanding permainan video. (Lona Glen, Maria
Castle) .
Secara rambang kita boleh lihat bahawa kecanggihan teknologi
ini mencerminkan bagaimana kebangkitan permainan video serta sudah tentu sikap
yang bermaian permainan video itu mempengaruhi kehidupan mereka. Kekreatifan permainan
video ini tidak dinafikan menenggelamkan permainan tradisional bahkan juga
sudah wujudnya permainan tradsional melalui aplikasi yang boleh dimuat
turunkan.
Oleh Khairul Wafaa Bt Mahfodz
36494
Rujukan
Game Mile. (2006, October
13). Retrieved May 10, 2015, from Dictionary content: gamemile.com
Lona Glen, Maria
Castle. (n.d.). Scholar Advisor. Retrieved May 10, 2015, from Outdoor
Activities vs Online Games: www.scholaradvisor.com
Secara jujurnya, saya sangat bersetuju dengan saudari yang menyatakan bahawa kecanggihan teknologi ini mencerminkan bagaimana kebangkitan permainan video serta sudah tentu sikap yang bermaian permainan video itu mempengaruhi kehidupan mereka. Kewujudan permainan video ini telah menenggelamkan permainan tradisional. Hal ini kerana ramai anak muda lebih tertarik dengan permainan di hujung jari sahaja tanpa menggunakan fizikal tubuh badan. Namun sedarkah kita bahawa permainan sebegini tanpa mengeluarkan setitik peluh, mampu menyebabkan badan kita kurang sihat dan pengamalan gaya hidup tidak sihat!
ReplyDeleteBagi pendapat saya, remaja sekarang ini walaupun leka dengan online game, setiap petang masih juga melakukan aktiviti outdoor game.
ReplyDeletemasih lagi amalkan gaya hidup sihat.