Sunday, 10 May 2015

Online Game vs Outdoor Game

Assalamualaikum

Bilamana kita bercakap tentang online game pasti counter strike antara online game yang terlintas di minda kita. Saya yakin pembaca di sini pernah melibatkan diri dalam dunia perang online game tersebut. Tetapi di sini bukanlah saya nak perihalkan tentang cara-cara bermain online games tersebut akan tetapi saya nak hasilkan apa yang terlintas di minda saya ketika ini online game vs outdoor game.

Online game ataupun permainan video merupakan permainan carian sumber daripada internet di mana tiada kekangan ataupun limitasi masa ataupun tempat untuk bermain permainan video tersebut. (Game Mile, 2006).

Kecanggihan teknologi sekarang menjadikan jaringan permainan video ini lebih menarik dan kreatif. Sebagai contoh remaja sekarang lebih berminat untuk bermain permainan video yang boleh dimuat turun melalui aplikasi telefon bimbit. Jadi melalui telefon bimbit sahaja sesiapa mampu untuk bermain permainan video ini. Bahkan juga, sesetengah permainan video menubuhkan satu kelab untuk permaina itu sahaja.  Walaubagaimanapun, impak permainan video ini lebih ke arah keburukan. Hal ini kerana, permainan video ini tidak mercerna tenaga dari segi fizikal. Ini menjadikan masyarakat terutama belia menjadi malas dan ketagih untuk bermain permainan video.
Berbeza pula dengan permainan aktiviti luar yang lebih bersifat lincah dan aktif. Sebagai contoh bermain bola sepak ataupun permainan tradisional seperti tengteng yang mengeluarkan peluh. Aktiviti sebegini lebih banyak pergerakan berbanding permainan video. (Lona Glen, Maria Castle).

Secara rambang kita boleh lihat bahawa kecanggihan teknologi ini mencerminkan bagaimana kebangkitan permainan video serta sudah tentu sikap yang bermaian permainan video itu mempengaruhi kehidupan mereka. Kekreatifan permainan video ini tidak dinafikan menenggelamkan permainan tradisional bahkan juga sudah wujudnya permainan tradsional melalui aplikasi yang boleh dimuat turunkan.



Oleh Khairul Wafaa Bt Mahfodz
36494

Rujukan

Game Mile. (2006, October 13). Retrieved May 10, 2015, from Dictionary content: gamemile.com

Lona Glen, Maria Castle. (n.d.). Scholar Advisor. Retrieved May 10, 2015, from Outdoor Activities vs Online Games: www.scholaradvisor.com



2 comments:

  1. Secara jujurnya, saya sangat bersetuju dengan saudari yang menyatakan bahawa kecanggihan teknologi ini mencerminkan bagaimana kebangkitan permainan video serta sudah tentu sikap yang bermaian permainan video itu mempengaruhi kehidupan mereka. Kewujudan permainan video ini telah menenggelamkan permainan tradisional. Hal ini kerana ramai anak muda lebih tertarik dengan permainan di hujung jari sahaja tanpa menggunakan fizikal tubuh badan. Namun sedarkah kita bahawa permainan sebegini tanpa mengeluarkan setitik peluh, mampu menyebabkan badan kita kurang sihat dan pengamalan gaya hidup tidak sihat!

    ReplyDelete
  2. Bagi pendapat saya, remaja sekarang ini walaupun leka dengan online game, setiap petang masih juga melakukan aktiviti outdoor game.
    masih lagi amalkan gaya hidup sihat.

    ReplyDelete